Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf jalan Long Lellang tingkatkan keselesaan dan pembangunan pedalaman
  • Utara
  • WILAYAH

Naik taraf jalan Long Lellang tingkatkan keselesaan dan pembangunan pedalaman

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Gerawat Gala mengadakan taklimat dengan HDA dan penduduk Long Lellang.

BARAM: Cadangan projek naik taraf jalan sedia ada ke Long Lellang dilihat sebagai inisiatif penting bagi kesejahteraan dan pembangunan kawasan pedalaman itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala, berkata akses jalan raya merupakan nadi utama pembangunan, terutamanya di kawasan pedalaman seperti Long Lellang.

“Jalan yang baik bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk, malah memberi impak besar kepada ekonomi setempat, akses pendidikan, kesihatan serta keselamatan penduduk,” katanya dalam perkongsian melalui aplikasi WhatsApp semalam.

Projek yang dicadangkan ini melibatkan naik taraf jalan sedia ada sepanjang 4.7 kilometer, dengan tumpuan diberikan kepada bahagian kritikal yang sering menghadapi masalah, terutamanya semasa musim hujan.

“Antara skop utama projek adalah naik taraf permukaan konkrit sepanjang 1.185 kilometer di bahagian kritikal bagi memastikan laluan lebih kukuh dan tahan lama. Selain itu, permukaan sepanjang 3.69 kilometer akan dinaik taraf untuk meningkatkan kebolehlaluan dan keselamatan pengguna jalan,” jelas beliau.

Beliau menambah, penggantian sebanyak 31 unit pembetung kayu akan digantikan dengan struktur lebih selamat dan berfungsi dengan baik.

Selain itu, tiga jambatan kayu bagi lintasan sungai akan digantikan dengan jambatan jenis komposit keluli yang lebih kukuh, selamat dan sesuai untuk kegunaan jangka panjang.

Gerawat berkata projek ini dijadualkan ditender pada penghujung bulan ini dan, sekiranya berjalan lancar, kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada Jun 2026.

“Kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) komited memastikan projek dilaksanakan mengikut spesifikasi dan piawaian ditetapkan demi kepentingan penduduk Long Lellang.

“Kami juga mengharapkan kerjasama penuh daripada penduduk setempat, sama ada dari segi sokongan, maklum balas atau pemantauan bersama, agar projek dapat disiapkan dengan lancar dan memberi manfaat maksimum kepada rakyat,” tambah beliau.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Kesedaran kesan plastik dan amalan sifar sisa dipupuk dalam kalangan pelajar
Next: ASEZ perkukuh hubungan melalui kunjungan hormat ke atas Menteri Pengangkutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.