Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf jalan ke surau baharu Kampung Tanjung Tengah dipergiat di bawah projek RTP
  • WILAYAH

Naik taraf jalan ke surau baharu Kampung Tanjung Tengah dipergiat di bawah projek RTP

Utusan Sarawak 3 hours ago
PELAKSANAAN Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) termasuk kerja menaik taraf jalan serta infrastruktur di surau baharu Kampung Tanjung Tengah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Kerajaan Sarawak terus memberi perhatian terhadap keperluan rakyat luar bandar melalui pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) termasuk kerja menaik taraf jalan serta infrastruktur di surau baharu Kampung Tanjung Tengah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, usaha berterusan ini penting bagi memastikan kemudahan awam di kawasan luar bandar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri bersama wakil JKR Saratok telah mengadakan lawatan tapak ke surau berkenaan bagi membincangkan beberapa skop kerja yang perlu dilaksanakan segera. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Menurut beliau, pihaknya bersama wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok selaku agensi pelaksana telah mengadakan lawatan tapak ke surau berkenaan bagi membincangkan beberapa skop kerja yang perlu dilaksanakan segera.

“Antaranya termasuk menaik taraf jalan masuk, membersihkan parit serta menyediakan kawasan letak kereta dan motosikal di sekeliling surau,” katanya.

Surau baharu Kampung Tanjung Tengah Saratok itu telah siap dibina melalui peruntukan RTP dan kini hanya menunggu proses pemasangan meter elektrik oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) sebelum dapat digunakan sepenuhnya oleh penduduk.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri bersama wakil JKR Saratok telah mengadakan lawatan tapak ke surau berkenaan bagi membincangkan beberapa skop kerja yang perlu dilaksanakan segera. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada JKR Saratok dan kontraktor yang terlibat atas komitmen mereka menyiapkan pembangunan Surau Darul Taqwa baharu tersebut.

“Ini merupakan satu lagi projek RTP yang memberi manfaat besar kepada kariah di Kampung Tanjung Hilir, Tanjung Tengah dan Tanjung Hulu,” tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan Sarawak akan terus memperkukuh usaha menyediakan kemudahan asas yang selesa demi kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Samarahan dan Zon 6 rangkul kejuaraan Piala Pengarah 2025
Next: Program Temu Mesra IPD Lubok Antu perkukuh usaha bendung jenayah siber

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.