Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf Gelanggang Futsal Kampung Melayu Roban dipantau rapi melalui lawatan RTP
  • Tengah
  • WILAYAH

Naik taraf Gelanggang Futsal Kampung Melayu Roban dipantau rapi melalui lawatan RTP

Utusan Sarawak 8 hours ago
MOHAMAD Duri semasa mengadakan lawatan tapak ke projek RTP di Kampung Melayu Roban, di sini, kelmarin. Foto: ADUN Kalaka

ROBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan pelaksanaan projek rakyat berjalan lancar menerusi lawatan tapak ke projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Kampung Melayu Roban, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, lawatan tersebut melibatkan projek naik taraf Gelanggang Futsal Kampung Melayu Roban yang bertujuan meningkatkan kemudahan sukan dan riadah penduduk setempat, khususnya golongan belia dan beliawanis.

Lawatan tapak itu turut disertai Kaunselor Kasdi Pandi selaku Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.38 Kalaka, Pegawai Tadbir yang menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban, Steve Miller Nuas, Penghulu Bundan serta Ketua Kaum Kampung Melayu Roban, Ali Nusi.

Menurut Mohamad Duri, lawatan kerja berkenaan diadakan bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek serta memastikan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan mengikut spesifikasi dan jadual perancangan yang telah ditetapkan.

Beliau menekankan bahawa pemantauan secara berterusan adalah penting bagi mengelakkan sebarang kelewatan atau masalah teknikal yang boleh menjejaskan manfaat projek kepada penduduk setempat.

“Lawatan ke setiap lokasi projek RTP merupakan komitmen berterusan Pusat Khidmat kami bagi memastikan setiap projek bukan sahaja siap mengikut jadual, malah memberi impak yang besar dan berpanjangan kepada komuniti,” katanya.

Tambah beliau, naik taraf gelanggang futsal tersebut dijangka meningkatkan kualiti kemudahan sedia ada sekali gus menyediakan ruang yang lebih selesa dan selamat untuk aktiviti sukan, program kemasyarakatan serta penganjuran acara belia.

Gelanggang Futsal Kampung Melayu Roban katanya merupakan antara lokasi tumpuan penduduk untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan program komuniti, menjadikannya aset penting dalam mengeratkan hubungan sosial serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pangkah gasing terus dihidupkan, tarik minat generasi muda
Next: Roy Gingkoi salur peruntukan, perkasa kesejahteraan komuniti luar bandar Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.