Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf fasa pertama Stadium Song capai 57.54 peratus, dijangka siap November 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

Naik taraf fasa pertama Stadium Song capai 57.54 peratus, dijangka siap November 2026

Utusan Sarawak 1 day ago
TINJAUAN…Projek naik taraf fasa pertama Stadium Terbuka Song kini mencapai kemajuan sebanyak 57.54 peratus dan berjalan mengikut jadual, dengan tarikh siap disasarkan pada 24 November tahun hadapan. Foto UKAS

SONG: Projek naik taraf fasa pertama Stadium Terbuka Song kini mencapai kemajuan sebanyak 57.54 peratus dan berjalan mengikut jadual, dengan tarikh siap disasarkan pada 24 November tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus berkata berkata kerja naik taraf Stadium Song merangkumi penukaran bumbung astaka utama, tempat duduk penonton, tandas, bilik VIP, bilik menunggu, pejabat, stor, bilik teknikal serta kerja mengecat semula keseluruhan bangunan.

“Stadium ini merupakan kemudahan penting untuk penduduk di Song menjalankan aktiviti sukan dan riadah.

“Apabila siap sepenuhnya kelak, ia dijangka memberi manfaat besar kepada komuniti tempatan,” katanya semasa lawatan kerja ke tapak projek di sini, semalam.

Menurut beliau, lawatan itu turut bertujuan meninjau pendekatan serta pelaksanaan terbaik yang boleh dijadikan panduan untuk projek naik taraf Stadium Serian pada masa akan datang.

Selain infrastruktur bangunan, fasa pertama turut merangkumi naik taraf padang dan trek olahraga, termasuk kemudahan lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi, sistem perparitan padang serta pembinaan dinding keselamatan getah.

Projek yang bermula pada 25 November 2024 itu dilaksanakan oleh kontraktor utama, Fias Enterprise, dengan kos keseluruhan berjumlah RM4,798,041 dan tempoh pelaksanaan selama 12 bulan.

Tambah John lagi, fasa kedua projek nanti akan melibatkan pemasangan lampu limpah, pembinaan pagar stadium serta kemudahan tempat letak kenderaan bagi melengkapkan fasiliti sukan yang lebih selesa dan menyeluruh untuk kegunaan masyarakat setempat.

Turut hadir ADUN Katibas, Lidam Assan serta tetamu kehormat lain. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Act now to stop heavy lorries from damaging residential roads, says Michael Kong
Next: DUBS Sri Aman fokus perkukuh peranan dan aset organisasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.