Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Naib Presiden PKR: Menteri Nik Nazmi tewas, Ramanan muka baharu
  • NASIONAL

Naib Presiden PKR: Menteri Nik Nazmi tewas, Ramanan muka baharu

Utusan Sarawak 20 hours ago
Nik NazmiĀ 
Ramanan

JOHOR BAHRU: Tiga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti bagi sesi 2025-2028, hari ini. 

Mereka ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Amirudin memperoleh 7,955 undi, diikuti Timbalan Ketua Penerangan 1 yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk Seri R. Ramanan (5,895 undi), Aminuddin (5,889 undi) dan Chang meraih  5,757 undi.

Penyandang, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, bagaimanapun tewas dalam persaingan yang ditandingi 11 calon itu.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjadi muka baharu yang berjaya mendapat mandat daripada perwakilan untuk menggalas tanggungjawab itu. 

Keputusan rasmi itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa pada Kongres Nasional PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini malam ini.

Kongres yang dirasmikan Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut dihadiri Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan kepimpinan tertinggi parti.

Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke,  Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu Sabah (UPKO) Datuk Ewon Benedick, Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua AMK selepas tiada pencabar.

Beliau menggantikan Adam Adli Abdul Halim yang bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan kali ini. 

Pemilihan kepimpinan sesi 2025-2028 menyaksikan 251 calon menawarkan diri bertanding dalam pemilihan, merangkumi 104 pencalonan bagi MPP, 85 calon bagi Majlis Pimpinan AMK dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Nurul Izzah tewaskan Rafizi dengan beza undi hampir 6,000
Next: ‘Puteri Reformasi’ kini Timbalan Presiden PKR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.