Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Naib Presiden: Cubaan kali kedua Len Talif berjaya
  • SEMASA

Naib Presiden: Cubaan kali kedua Len Talif berjaya

Utusan Sarawak 3 months ago
Dato Sri Julaihi Narawi 
Datuk Len Talif Salleh 

PETRA JAYA: Percubaan kali kedua, Datuk Len Talif Salleh untuk merebut jawatan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi kuota Bumiputera, akhirnya berjaya dengan meraih slot keempat.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar itu pernah tewas dalam pemilihan jawatan sama pada 2018.

Namun, percubaan kali pertama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berjaya meraih undi tertinggi bagi jawatan sama iaitu 910 undi.

Enam calon bersaing untuk merebut empat jawatan Naib Presiden, kali pertama pertandingan diadakan dalam tempoh tujuh tahun.

Kemenangan Ibrahim yang juga Ketua Whip bagi Gabungan Parti Gabungan Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri dan Len Talif, ADUN Kuala Rajang dengan meraih 687 undi, sekali gus menidakkan impian dua penyandang mempertahankan jawatan Naib Presiden.

Dua penyandang itu adalah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan/Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, yang gagal mempertahankan jawatan masing-masing.

Abdul Karim meraih 669 undi, manakala Dr Abdul Rahman 546 undi.

Dua lagi penyandang berjaya mempertahankan jawatan sama iaitu Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi dengan undi kedua tertinggi iaitu 900 undi dan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee, meraih 788 undi.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PBB, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah pada hari terakhir Perhimpunan Agung ke-16 PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini pagi ini.

Pada 2022, jawatan Naib Presiden bagi sayap Bumiputera tidak dipertandingkan, menjadikan semua penyandang yang menang jawatan itu pada pemilihan 2018, kekal. 

Pada pemilihan 2018, Julaihi yang ketika itu menteri muda memperoleh undi tertinggi, diikuti tiga muka baharu masa itu –  Dr Annuar, Dr Abdul Rahman Junaidi (kedua-duanya menteri muda) dan Abdul Karim Hamzah (menteri).

Pada 2018 itu. tiga lagi calon tewas termasuk Len Talif, selain Menteri Muda Pertanian ketika itu, Abdul Rahman Ismail dan Allahyarham Datuk Talip Zulpilip, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsmen) pada masa itu.

Continue Reading

Previous: Tidak rasmi: Ibrahim Baki, Len Talif menang jawatan Naib Presiden PBB; Karim, Dr Abdul Rahman terkeluar
Next: Lima muka baharu antara 16 calon menang jawatan MT PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.