Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • NAHAS UPSI: Laporan awal akan dimuat naik dalam laman sesawang MOT
  • SEMASA

NAHAS UPSI: Laporan awal akan dimuat naik dalam laman sesawang MOT

Utusan Sarawak 18 hours ago
KEADAAN semasa di kawasan kejadian kemalangan maut melibatkan sekurang-kurangnya 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Laporan awal Pasukan Petugas Khas berhubung kemalangan maut yang melibatkan sebuah bas persiaran membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak pada 9 Jun lepas, akan dimuat naik ke laman sesawang rasmi Kementerian Pengangkutan (MOT). 

MOT memaklumkan laporan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi dan bersetuju supaya laporan awal itu didedahkan untuk pengetahuan umum. 

“Atas prinsip ketelusan dalam siasatan dan demi kepentingan orang ramai, Kabinet telah bersetuju supaya laporan ini didedahkan untuk pengetahuan umum,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

MOT memaklumkan laporan itu disediakan secara bebas dan objektif oleh Pasukan Petugas Khas yang diketuai Ketua Inspektor Kemalangan Udara MOT dengan penglibatan pakar teknikal serta wakil pelbagai agensi berkaitan. 

“Fokus siasatan adalah terhadap aspek keselamatan dan tidak menjejaskan sebarang siasatan jenayah yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOT, langkah itu mencerminkan komitmen kementerian terhadap akauntabiliti dan usaha penambahbaikan berterusan dalam sistem keselamatan jalan raya. 

“MOT berharap laporan ini dapat menjadi asas kepada perbincangan awam yang sihat serta tindakan kolektif ke arah sistem pengangkutan yang lebih selamat dan berdaya tahan,” menurut kenyataan itu.

Pada 9 Jun lepas, negara dikejutkan dengan kemalangan maut membabitkan sebuah bas membawa 42 mahasiswa UPSI yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak.

Nahas yang turut melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik itu meragut 15 nyawa penuntut universiti berkenaan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KDNK suku kedua Malaysia dianggarkan berkembang 4.5 peratus
Next: NAHAS UPSI: Kelajuan bas dua kali ganda had laju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.