Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nahas pesawat: Presiden Azerbaijan Aliyev minta Rusia bayar pampasan, dakwa ia ditembak 
  • GLOBAL

Nahas pesawat: Presiden Azerbaijan Aliyev minta Rusia bayar pampasan, dakwa ia ditembak 

Utusan Sarawak 5 months ago

Pada Rabu, pesawat Azerbaijan Airlines yang membawa 67 orang dari ibu negara Azerbaijan, Baku, ke Grozny terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan, mengorbankan 38 orang manakala 29 terselamat.  

ISTANBUL: Azerbaijan pada Ahad meminta Rusia mengakui kesalahan, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan membayar pampasan berikutan nahas pesawat penumpang negara itu di Kazakhstan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Bercakap kepada pemberita di Baku, Presiden Ilham Aliyev mengesahkan bahawa pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) yang terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan rosak teruk akibat tembakan dari darat dan hampir hilang kawalan disebabkan peperangan elektronik.

“Fakta menunjukkan bahawa pesawat awam Azerbaijan telah mengalami kerosakan dari luar ketika berada di wilayah Rusia, berhampiran Grozny, dan hampir hilang kawalan. Kami juga tahu bahawa pesawat kami menjadi tidak terkawal kerana peperangan elektronik,” katanya.

Pesawat AZAL yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny di Republik Chechen, Rusia terhempas tiga kilometer dari Aktau di pantai Laut Kaspia pada Rabu.

Pihak berkuasa Kazakhstan melaporkan bahawa 38 orang terbunuh dalam nahas pesawat Embraer 190 yang membawa 67 penumpang itu, manakala 29 lagi terselamat. 

Siasatan terhadap insiden berkenaan sedang dijalankan di Azerbaijan dan Kazakhstan.– BERNAMA-AA

Continue Reading

Previous: Nahas pesawat Jeju Air: Apa yang kita tahu
Next: Pesawat penumpang Korea Selatan patah balik akibat masalah gear pendaratan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.