Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Nahas FRU: Seorang lagi dibenar keluar hospital, tujuh masih dirawat
  • KEMALANGAN

Nahas FRU: Seorang lagi dibenar keluar hospital, tujuh masih dirawat

Utusan Sarawak 6 hours ago
TRAK pasukan dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam pada Selasa lepas. Foto AFP

IPOH: Seorang lagi anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pada Selasa lepas, dibenarkan keluar dari hospital semalam, menjadikan tujuh masih menerima rawatan. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, dibenarkan keluar dari Hospital Teluk Intan (HTI) pada 9.30 malam, dan telah dibawa pulang ke rumahnya di Arau, Perlis.

“Keadaan mangsa tidak boleh duduk dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak telah menguruskan perkhidmatan ambulans swasta Medifa Care Ambulans Hilir Perak untuk membawa mangsa pulang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

 Semalam Bakri memaklumkan tujuh anggota terlibat dirawat di HTI dengan tiga daripadanya kritikal dan tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU) manakala seorang lagi yang kritikal menerima rawatan di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. 

Dalam kejadian 8.50 pagi Selasa lepas, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak pasukan dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini. 

-Bernama  

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mayat mangsa pacuan empat roda terjunam sungai berjaya ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.