Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Nahas FRU: PM Anwar mahu siasatan menyeluruh
  • SEMASA

Nahas FRU: PM Anwar mahu siasatan menyeluruh

Utusan Sarawak 13 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kemalangan jalan raya membabitkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau juga menyeru supaya bantuan sewajarnya disalurkan kepada mangsa dan ahli keluarga yang terlibat.

Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga semua anggota FRU yang terkorban dalam nahas tersebut.

“Saya turut mendoakan agar kesemua yang cedera dalam insiden ini diberikan kesembuhan sesegera mungkin selain dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pagi tadi.– Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia pamer buah-buahan tempatan di Namibia
Next: KPN ucap takziah, keluarga anggota FRU kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.