Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Nahas FRU: Pemilik syarikat lori dipanggil beri keterangan
  • KEMALANGAN

Nahas FRU: Pemilik syarikat lori dipanggil beri keterangan

Utusan Sarawak 18 hours ago
AHLI Kimia, Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak Haizarul Aida Sapahin mengambil gambar serpihan kemalangan untuk simpanan bahan bukti lori muatan batu (kiri) dan lori trak FRU (kanan) yang mengalami kemalangan pada Selasa lepas. Foto Bernama
 

TELUK INTAN: Pemilik syarikat lori telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini, Selasa lepas. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata individu itu antara 15 saksi dipanggil merekodkan keterangan setakat ini. 

“Selain aspek kecuaian manusia dan persekitaran, kita (polis) juga menumpukan aspek teknikal, jadi elemen-elemen seperti penyelenggaraan kenderaan juga diambil kira dalam siasatan ini,” katanya yang ditemui selepas prosiding pendakwaan pemandu lori terbabit dalam kemalangan itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengharapkan lebih ramai saksi awam tampil membantu siasatan termasuk mengemukakan rakaman kamera papan pemuka kenderaan.

“Setakat ini tiada sesiapa tampil memberi rakaman. Jika ada, ia akan menjadi bukti kukuh dalam kes ini.

“Dengan bantuan media, beberapa saksi awam telah tampil memberi keterangan selain beberapa pihak berkepentingan akan banyak membantu dalam siasatan ini. Saya seru lebih ramai hubungi polis, maklumat anda akan dirahsiakan,” katanya. 

– Bernama  

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Nahas FRU: Seorang lagi dibenar keluar hospital, tujuh masih dirawat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.