Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Nahas di Gerik: Jenazah 13 lagi pelajar UPSI disembahyangkan di Masjid Hadhari
  • KEMALANGAN

Nahas di Gerik: Jenazah 13 lagi pelajar UPSI disembahyangkan di Masjid Hadhari

Utusan Sarawak 2 days ago
AHLI keluarga dan kenalan mengaminkan doa selepas solat jenazah 13 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding di Masjid Hadhari, awal pagi ini. FotoBERNAMA

JERTIH: Jenazah 13 lagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), dekat Gerik, Perak tiba di Masjid Hadhari di sini untuk disembahyangkan. 

Konvoi van yang membawa jenazah dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak, tiba di pekarangan masjid pada 2.55 pagi tadi dan selesai disembahyangkan pada 3.20 pagi.

Lebih 3,000 jemaah terdiri daripada ahli keluarga, rakan dan penduduk setempat menyertai solat jenazah yang diimamkan Pengerusi Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Suasana di masjid tersebut sayu dan hiba malah kedengaran esakan tangisan ahli keluarga sehingga ada yang terpaksa dipapah kerana terlalu sedih dengan kehilangan insan tersayang.

Selesai disembahyangkan, semua jenazah dibawa ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

Terdahulu, jenazah Wan Nur Suhaila Wan Muhammad dan Muhammad Adib Hazim Halim selamat dikebumikan.

Wan Nur Suhaila dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amer, Kampung Raja, Besut pada 11.37 malam tadi manakala Muhammad Adib di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak, Hulu Besut dekat sini pada 12.15 tengah malam dan kedua-duanya dibawa dari Hospital Gerik.

Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1.00 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan jenis Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza. – Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Isteri, anak pemandu Alza stabil, dirawat di Hospital Baling
Next: YPM salur RM1,000 kepada keluarga mangsa nahas di JRTB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.