Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nahas Autopilot: Tesla diarah bayar RM1 bilion
  • GLOBAL

Nahas Autopilot: Tesla diarah bayar RM1 bilion

Utusan Sarawak 7 hours ago

Kereta Tesla Model S

NEW YORK: Juri di Florida pada Jumaat mengarahkan syarikat kereta elektrik, Tesla membayar ratusan juta dolar kepada plaintif yang menyalahkan teknologi bantuan pemandu Autopilot syarikat itu, atas kemalangan yang berlaku pada 2019.

Juri mendapati sistem Tesla sebahagiannya bertanggungjawab atas kemalangan di Key Largo yang mengorbankan Naibel Benavides Leon dan mencederakan teman lelakinya, Dillon Angulo, menurut peguam Darren Jeffrey Rousso, rakan kongsi di firma guaman yang mewakili Angulo dan keluarga Leon.

Pihak plaintif mendakwa bahawa sistem Autopilot adalah punca apabila kereta Tesla yang dipandu George McGee terbabas lalu merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Chevrolet, menyebabkan Leon terbunuh dan Angulo pula cedera.

Mahkamah mengarahkan Tesla membayar AS$200 juta (kira-kira RM855 juta) sebagai ganti rugi punitif, selain AS$59 juta (kira-kira RM252 juta) kepada keluarga Leon dan AS$70 juta (kira-kira RM299 juta) kepada Angulo sebagai pampasan, menurut rekod mahkamah.

Bagaimanapun, kerana juri menyatakan Tesla hanya menyumbang satu pertiga kepada kemalangan itu, pampasan itu akan dikurangkan. 

Jumlah keseluruhan selepas pengurangan dianggarkan sekitar AS$242 juta (kira-kira RM1.03 bilion).

Tesla dalam kenyataan balasnya berkata, mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan itu dan menegaskan bahawa keputusan itu adalah salah serta boleh menjejaskan kemajuan teknologi keselamatan automotif.

Menurut pasukan undang-undangnya, pemandu ketika itu sedang memandu laju sambil menekan pedal minyak sekali gus mengatasi fungsi Autopilot, ketika mencari telefon bimbit yang terjatuh tanpa menumpukan perhatian ke jalan.

“Malah, tiada kereta pada 2019 dan bahkan sekarang yang mampu mengelak kemalangan seperti ini,” kata kenyataan itu lagi. 

“Ini sebenarnya bukan isu Autopilot.” – AFP

Continue Reading

Previous: Mpox: Kenya perketat pengawasan, kes meningkat kepada 314 dengan 5 kematian
Next: Letusan gunung berapi di timur Indonesia jejaskan penerbangan ke Bali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.