Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah
  • SEMASA

Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah

Utusan Sarawak 5 hours ago
JENAZAH Allahyarham Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah selepas solat Subuh hari ini. Foto Ihsan Facebook Muhammad Kamarul Kabilan

KUALA LUMPUR: Pelakon Nadiah Kasumawati, yang meninggal dunia pada 15 Januari, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban di Jeddah, Arab Saudi pada 7.35 pagi waktu tempatan, Isnin, diiringi suami dan anaknya, menurut Kementerian Luar.

Dalam kenyataan pada Isnin, kementerian memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, telah bekerjasama rapat dengan waris terdekat serta pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan dan menyelaras semua urusan berkaitan pengebumian.

Kementerian itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat, khususnya kerajaan Arab Saudi, Hospital King Fahd dan agensi berkaitan lain atas bantuan yang diberikan.

Nadiah, yang lebih dikenali sebagai Nadia Kesuma, menyertai pakej lawatan Umrah-London-Paris dan dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Jeddah pada Khamis lalu – iaitu pada hari yang sama beliau dilaporkan hilang.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap gesa perbincangan berasaskan fakta mengenai ART
Next: Aduan ke Biro Aduan Awam SUPP pelbagai, mencabar – Milton Foo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.