Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Nadia Kesuma dikesan sudah keluar dari Lapangan Terbang di Jeddah – Mohamad
  • NASIONAL

Nadia Kesuma dikesan sudah keluar dari Lapangan Terbang di Jeddah – Mohamad

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) ketika sidang media selepas melawat laman media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan gagal dikesan semasa transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis lepas, didapati telah meninggalkan kawasan lapangan terbang berkenaan. 

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pengesahan itu diterima daripada pihak Imigresen Arab Saudi oleh konsulat Malaysia di Jeddah.

“Kini selepas 20 jam beliau gagal dikesan, (kes beliau) sudah boleh diklasifikasikan sebagai orang hilang dan saya dah arahkan pejabat konsulat Malaysia untuk buat yang terbaik membantu usaha pencarian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kehilangan pelakon filem “Syaitan Munafik” itu yang gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pada Khamis.

Beliau berkata konsulat Malaysia mempunyai kerjasama baik dengan pihak polis Arab Saudi bagi memastikan usaha pencarian berjalan lancar. 

“Kita mesti percaya akan kecekapan mereka (polis Arab Saudi) dan kita minta supaya pihak keluarga bertenang  dan kita akan terus berusaha sebaik mungkin untuk mencari beliau,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan pihak agensi pelancongan yang membawa Nadia juga perlu bertanggungjawab untuk menguruskan kes kehilangan pelakon berkenaan.

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman sebelum ini memaklumkan kepada Bernama bahawa laporan mengenai kehilangan pelakon itu telah dibuat dan pihaknya menunggu hasil siasatan polis Arab Saudi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Mahasiswa cadang penyaluran SARA diperluas kepada e-dompet
Next: Kerajaan sentiasa tambah baik jaringan SARA usaha bantu rakyat – Amir Hamzah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.