Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • NADI Gedong pacu komuniti ke arah ekonomi digital tanpa tunai
  • TEMPATAN

NADI Gedong pacu komuniti ke arah ekonomi digital tanpa tunai

Utusan Sarawak 10 hours ago
MESRA… Rodiyah menyantuni masyarakat tempatan ketika Karnival Tanpa Tunai Sarawak 2025 yang dilancarkan di NADI Kampung Gedong hari ini.

GEDONG: Karnival Tanpa Tunai Sarawak 2025 yang dilancarkan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Gedong hari ini menjadi bukti kesungguhan kerajaan memastikan komuniti luar bandar tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata pembayaran tanpa tunai kini menjadi amalan utama dalam urusan seharian masyarakat dan kemudahan itu wajar diperluaskan kepada penduduk kampung.

“Kalau dulu orang kampung lebih selesa pegang duit tunai, hari ini kita mahu buktikan mereka juga boleh menikmati kemudahan moden ini. Lebih selamat, mudah dan cepat,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

AHLI Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berucap pada Karnival Tanpa Tunai Sarawak 2025 yang dilancarkan di NADI Kampung Gedong hari ini.

Beliau menegaskan usaha meningkatkan kesedaran serta penyediaan infrastruktur digital amat penting bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Menurut beliau, di kawasan Parlimen Batang Sadong, sebanyak lapan menara telekomunikasi di bawah projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah siap beroperasi manakala liputan internet mudah alih telah mencecah hampir 90 peratus.

Selain itu, lima NADI termasuk di Gedong, Sadong Jaya, Simunjan, Lubok Punggor dan Kampung Sungai Apin turut berperanan sebagai pusat literasi digital masyarakat.

Rodiyah berkata inisiatif pembayaran tanpa tunai amat membantu peniaga kecil kerana mereka tidak lagi perlu menyimpan wang tunai yang berisiko hilang atau menyukarkan kiraan baki.

“Sekarang duit masuk terus ke akaun, ini lebih memudahkan urusan para peniaga kecil di kampung,” ujarnya.

MESRA… Rodiyah menyantuni masyarakat tempatan ketika Karnival Tanpa Tunai Sarawak 2025 yang dilancarkan di NADI Kampung Gedong hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa sehingga kini inisiatif Komuniti Tanpa Tunai telah berjaya dilaksanakan di beberapa negeri dan kini diperluaskan ke Sarawak melalui pelaksanaan di lebih 45 lokasi komuniti terpilih pada tahun ini.

Tambahnya lagi, usaha ini adalah sebahagian daripada ekosistem ekonomi digital Sarawak yang selari dengan aspirasi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing serta membuka peluang pekerjaan baharu kepada generasi muda.

Beliau turut mengajak peniaga di Gedong mendaftar bersama rakan strategik seperti Sarawak (S) Pay Global, Bank Negara, Maybank, Bank Islam, TM UNIFI, Bank Simpanan Nasional (BSN), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Aeon Bank dan toyyibPay. Setakat ini lebih 50 peniaga di sekitar NADI Gedong telah beroperasi secara tanpa tunai manakala program Komuniti Tanpa Tunai@NADI di Sarawak mencatat lebih 1,000 transaksi tanpa tunai dengan 11 NADI terpilih.

Majlis pelancaran turut diserikan dengan jualan Rahmah MADANI, reruai usahawan tempatan serta cabutan bertuah berbentuk e-tunai kepada para pengunjung.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wong Ching Yong gesa SKMM kaji semula denda RM100,000 ke atas dua media
Next: Jabatan Hutan Sarawak, Leo Club perkukuh pemuliharaan hutan di Hutan Simpan Sabal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.