Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Nabila Huda sedia lakonkan watak aksi, dalami seni silat
  • HIBURAN

Nabila Huda sedia lakonkan watak aksi, dalami seni silat

Utusan Sarawak 6 hours ago
Nabila Huda

AKTRES serba boleh Nabila Huda sedia mencabar diri melakonkan aksi silat sekiranya diberi peluang dan sanggup mendalami seni pertahanan diri itu bagi memastikan keberkesanan lakonan.   

Mesra disapa dengan nama Abil, beliau bagaimanapun berkata dirinya perlu mengambil masa untuk berlatih agar semua gerakan silat dapat ditampilkan dengan yakin di depan kamera.

“Saya perlukan masa sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan untuk berlatih, kerana saya tidak mahu setakat melakonkan silat…saya nak tahu teknik sebenar silat itu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. 

Nabila, 41, berkata pemahaman akan seni silat penting agar setiap gerakan dapat dilakukan secara semula jadi, sementelah silat mempunyai keunikan tersendiri berbanding seni pertahanan diri lain yang pernah dipelajarinya.  

“Sebelum ini saya pernah mempelajari Muay Thai tetapi seni itu berbeza dengan silat kerana Muay Thai lebih kasar, (sementara) silat ini lembut pergerakannya,” katanya sambil mengakui terpegun apabila melihat rakan pelakon Beto Kusyairy melakonkan adegan bersilat dalam filem Gayong 2.

Dalam filem itu Nabila tampil sebagai Che Som, namun beliau tidak banyak terlibat dalam babak pertarungan.

Berkongsi pengalaman berlakon dalam filem yang sedang ditayangkan di pawagam itu,  Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 tersebut berkata tempoh penggambaran yang panjang mengajarnya untuk bijak mencari ruang mengekalkan emosi positif ketika di lokasi.

“Bila buat filem, masa menunggu itu lama. Kita kena tunggu set up, tengok babak dan koreografi aksi. Dialog saya pula tak banyak, jadi saya cari cara untuk gembirakan diri, dan sudah tentu dengan makanan,” katanya, menambah situasi itu juga menuntut kesabaran yang tinggi.

Menurutnya, beliau akan menghabiskan masa terluang dengan memasak untuk rakan pelakon dan juga kru produksi sebagai terapi menggembirakan diri.

“Bila hujan dan semua lapar, saya akan masak untuk mereka,” katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata baginya memasak bukan sekadar hobi, tetapi satu keperluan terutama apabila berada jauh dari rumah untuk tempoh yang lama.

“Saya bukan homesick, tapi rindu masakan rumah. Kalau tak dapat memasak, saya boleh murung,” katanya yang sering membawa bahan masakan sendiri selain memastikan tempat penginapan mempunyai kemudahan dapur.

Menurut Nabila, rutin itu bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan kerja, malah mengeratkan hubungan dengan kru produksi yang sudah terbiasa dengan air tangannya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sekuel Godzilla bakal gegar pawagam di Las Vegas
Next: Rihanna cipta sejarah lepasi 200 juta pensijilan single RIAA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.