Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • N22 Kedup juara Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala YB Dato Sri Richard Riot Jaem 
  • SUKAN

N22 Kedup juara Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala YB Dato Sri Richard Riot Jaem 

Utusan Sarawak 3 hours ago
PASUKAN N22 Kedup muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala YB Dato Sri Richard Riot Jaem di Padang Bola Sepak SK Saint Dominic Pichin, Serian, semalam. Foto: Facebook Dato Sri Richard Riot Jaem

SERIAN: Pasukan N22 Kedup muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala YB Dato Sri Richard Riot Jaem yang berlangsung di Padang Bola Sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Dominic Pichin, Serian, semalam.

Dalam aksi perlawanan akhir yang penuh dramatik, pasukan N22 Kedup kendalian Mohd Din Apandi berjaya menewaskan juara bertahan, D’Samarahan FC dengan jaringan 1-0.

Kejayaan itu membolehkan N22 Kedup membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta piala dan pingat, manakala D’Samarahan FC menerima RM1,500, piala dan pingat.

Ketua jurulatih N22 Kedup, Mohd Din Apandi, menyifatkan kemenangan pasukannya sebagai hasil usaha keras pemain serta semangat kerjasama dalam pasukan.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian pemain-pemain yang bekerja keras sepanjang kejohanan ini. Kemenangan ini adalah bukti bahawa disiplin dan kerjasama mampu membawa kejayaan,” katanya.

Dalam aksi perebutan tempat ketiga, Mukah FA menundukkan RWR FT 1-0, membawa pulang RM1,000, piala dan pingat, manakala RWR FT ditempat keempat menerima RM500

Semua hadiah pemenang disampaikan oleh Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem, yang dalam ucapannya menegaskan tahap bola sepak wanita pada edisi kali ini setanding dengan standard kejohanan antarabangsa, terutamanya dengan penyertaan pasukan dari negara jiran.

“Saya amat berbangga melihat perkembangan bola sepak wanita yang semakin matang dan berdaya saing. Tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan edisi 2025 ini,” katanya.

Kejohanan yang berlangsung selama dua minggu itu menyaksikan penyertaan pelbagai pasukan wanita dari luar kawasan Serian, termasuk Republik Indonesia, menjadikan edisi 2025 penuh kompetitif dan menarik.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Liverpool bimbang Isak patah kaki: laporan
Next: Ranking Harimau Malaya jatuh lima anak tangga, kini di kedudukan ke-121

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.