Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • mySUWa permudah permohonan pendaftaran kelahiran di luar negara
  • NASIONAL

mySUWa permudah permohonan pendaftaran kelahiran di luar negara

Utusan Sarawak 17 hours ago
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika (tengah) merasmikan mySUWa dan Inisiatif Transformasi JPN pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bagi Bulan Mei 2026 di Auditorium Setia Perkasa, Kompleks Setia Perkasa hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (dua, kiri), Ketua Setiausaha KDN Datuk Dr Awang Alik Jeman (dua, kanan) dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (kiri). – Foto Bernama

PUTRAJAYA: Sistem Pengurusan Warganegara Malaysia (mySUWa) yang dilancarkan hari ini dijangka memberi manfaat besar, khususnya kepada rakyat Malaysia di luar negara dengan mengurangkan keperluan kehadiran fizikal ke kaunter dan memudahkan urusan melalui Pejabat Konsulat Persekutuan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi kenyataan memaklumkan sistem itu membantu mempercepat aliran kerja Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui automasi proses, integrasi data antara agensi dan kawalan keselamatan maklumat yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kewarganegaraan secara menyeluruh.

“Sistem mySUWa merupakan inisiatif pendigitalan strategik yang dibangunkan selaras dengan pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan bagi memperkemas pengurusan permohonan kewarganegaraan secara lebih pantas, cekap dan bersepadu. 

“Dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh pasukan teknologi maklumat JPN, sistem ini menyediakan platform mesra pengguna yang membolehkan permohonan dilakukan secara dalam talian sepenuhnya termasuk pemuatan naik dokumen digital, semakan status secara masa nyata dan notifikasi automatik kepada pemohon,” menurut kenyataan itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melancarkan sistem mySUWa pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN hari ini.

Selain pelancaran mySUWa, JPN turut mengumumkan beberapa inisiatif penting termasuk penstrukturan semula perjawatan Ibu Pejabat JPN yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 29 Oktober 2025 dan pengenalan kad kuasa baharu dengan ciri keselamatan berlapis bagi memperkukuh integriti penguatkuasaan.

Sebagai langkah memperkukuh perancangan jangka panjang, KDN memaklumkan JPN telah merangka Pelan Strategik JPN 2026-2030 sebagai dokumen hala tuju utama bagi tempoh lima tahun akan datang yang akan memandu pelaksanaan agenda transformasi organisasi secara lebih progresif dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan JPN kekal tangkas, berdaya saing serta responsif terhadap perubahan landskap pentadbiran awam dan keperluan rakyat. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Lulu Hypermarket hasrat beli produk halal usahawan MARA bernilai AS$100 juta – Zahid
Next: Rafizi sambung rakaman keterangan di SPRM esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.