Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • MySISWA@Job on Campus dilaksana di UNIMAS dengan bayaran RM6 sejam
  • PENDIDIKAN

MySISWA@Job on Campus dilaksana di UNIMAS dengan bayaran RM6 sejam

Utusan Sarawak 2 hours ago
MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir bersama pelajar selepas Majlis Pelancaran Program MySISWA@Job on Campus di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hari ini. Foto: Adele Rissa 

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kini berpeluang bekerja sambilan di dalam kampus menerusi Program MySISWA@Job on Campus (JoC) yang dilancarkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata, pelaksanaan program itu memberi nilai tambah kepada pembangunan mahasiswa dari segi daya tahan ekonomi dan kemahiran diri.

“Program tersebut bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya berfungsi sebagai platform pembentukan kepimpinan, etika kerja dan profesionalisme.

“Program ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjana pendapatan, tetapi pada masa sama membina kemahiran insaniah sebelum melangkah ke alam pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran MySISWA@Job on Campus di UNIMAS, di sini, hari ini.

Inisiatif itu membolehkan pelajar menjana pendapatan sehingga 20 jam seminggu dengan bayaran RM6 sejam, selain memberi pendedahan awal kepada suasana kerja dalam kampus.

Program berkenaan turut dilihat sebagai usaha memperkukuh kemahiran insaniah dan kebolehpasaran graduan melalui pengalaman kerja sebenar semasa pengajian.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir berkata, program itu diwujudkan bagi memberi ruang kepada pelajar bekerja sambil belajar di dalam kampus masing-masing.

Menurut beliau, ia juga bertujuan melatih pelajar menjadi lebih berdikari serta memberi pengalaman awal dalam aspek pentadbiran dan pengurusan kerja.

“Program ini merangkumi semua jabatan di universiti yang mempunyai kekosongan untuk diisi pelajar. 

“Pelajar dibenarkan bekerja sehingga 20 jam seminggu semasa semester, manakala tempoh lebih panjang dibenarkan ketika cuti akademik,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian program tersebut, di sini hari ini. 

Jelasnya, pelaksanaan program itu diharap dapat membantu pelajar mengurus kehidupan dengan lebih baik serta mengurangkan tekanan kewangan sepanjang pengajian.

Oleh Adele Rissa

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Naik taraf i-CATS ke universiti penuh dalam penelitian KPT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.