Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MySaveFood Ramadan Mukah selamatkan lebih 160 kg lebihan makanan
  • Tengah
  • WILAYAH

MySaveFood Ramadan Mukah selamatkan lebih 160 kg lebihan makanan

Utusan Sarawak 4 hours ago
SUKARELAWAN MySaveFood Ramadan mengumpulkan lebihan makanan di Bazar Ramadan Setiaraja Mukah untuk diagihkan kepada pelajar B40 dan golongan memerlukan. Foto PMU 

MUKAH: Program MySaveFood Ramadan yang berlangsung di Bazar Ramadan Setiaraja Mukah berjaya menyelamatkan lebih 160 kilogram lebihan makanan pada hari pertama pelaksanaannya, semalam.

Lebihan makanan yang tidak habis terjual itu kemudiannya diagihkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah B40 di Politeknik Mukah (PMU) serta golongan memerlukan sekitar Mukah.

Program ini merupakan anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) serta Gerakan Pengguna Siswa (GPS) PMU. 

Ketua Cawangan KPDN Mukah, Salihin Den berkata, inisiatif berkenaan memberi impak positif bukan sahaja dari sudut kebajikan sosial malah turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui pengurangan sisa makanan.

ANTARA lebih 70 pelajar sukarelawan yang terlibat dalam operasi kutipan dan pengagihan lebihan makanan di Mukah. Foto PMU 

“Program ini memastikan makanan yang masih elok dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak berakhir sebagai sisa buangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Penasihat Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Mukah, Shafiq Nasaruddin berkata, penglibatan pelajar dalam program tersebut mampu menyemai nilai kesukarelawanan dan meningkatkan kesedaran terhadap isu pembaziran makanan dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, pengalaman turun padang mengutip serta mengagihkan lebihan makanan memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai kepentingan pengurusan sumber secara berhemah, khususnya sepanjang Ramadan.

RAKAM kenangan sukarelawan bersama wakil penganjur selepas hari pertama pelaksanaan Program MySaveFood Ramadan di Mukah. Foto PMU 

Lebih 70 pelajar sukarelawan terlibat secara langsung dalam operasi kutipan dan pengagihan makanan sepanjang program yang berlangsung dari 23 Februari hingga 1 Mac ini.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada para peniaga Bazar Ramadan Setiaraja Mukah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program tersebut.

Program yang berlangsung selama seminggu itu diharap dapat memberi manfaat berterusan kepada pelajar B40 dan komuniti setempat serta menjadi model kerjasama berimpak tinggi antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pendidikan dalam menangani isu pembaziran makanan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BSJK IPD Meradong giat laksana program pencegahan jenayah komersial di rumah panjang dan sekolah
Next: Empat premis kedai diperiksa dalam operasi MBK 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.