Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • MyPham 25 muncul juara
  • SUKAN

MyPham 25 muncul juara

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH… Shafrie Saili (tiga, kiri) menyampaikan hadiah kepada pemain MyPham 25, sambil disaksikan oleh Nazri, Syahrulizan dan Awang Yusri.

PASUKAN  MyPham 25 membawa pulang wang tunai RM800, piala dan pingat setelah muncul juara Perlawanan Sepak Takraw,  pada hujung minggu lalu.

Naib Juara Pertandingan Sepak Takraw  Tertutup Mukah 2020 itu ialah Man Eleven yang membolot RM600, piala dan pingat.

Manakala Leetonia dan Btank Trank berpuashati berkongsi tempat ketiga dan masing-masing memenangi  RM350, piala dan pingat.

Hadiah kepada pemenang pertandingan dua hari dari 14 hingga 15 November berkenaan telah disampaikan oleh Pemangku Timbalan Residen Bahagian Mukah Shafrie Saili.

Berlangsung di Stadium Tertutup Kementerian Belia Dan Sukan Sarawak(KBS Sarawak) Bahagian Mukah ia telah disertai oleh 20 pasukan daripada beberapa buah daerah di Bahagian Mukah ini.

Dalam ucapan ringkas beliau pada majlis tersebut, Safrie mengucapkan tahniah kepada penganjur yang telah berjaya melaksanakannya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Acara sukan sepak takraw yang julung kali diadakan itu telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Mukah dan Persatuan Sepak Takraw Bahagian Mukah (PESTAM).

Juga kelihatan pada pertandingan akhir itu adalah Pegawai Penerangan Daerah Mukah , Syahrulizan Madian,  Presiden PESTAM, Nazri Mokhtar, Awang Yusri Awang Adeni dan pengurus-pengurus pasukan yang terlibat.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Famalia FT lakar sejarah tersendiri
Next: Selanyau ungguli juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.