Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MyOnline Passport tingkatkan lagi perkhidmatan pengeluaran pasport
  • NASIONAL

MyOnline Passport tingkatkan lagi perkhidmatan pengeluaran pasport

Utusan Sarawak 2 years ago
Pengarah Imigresen Selangor Dr Muhammad Syahmi Jaafar (dua, kiri) menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang, Klang sempena sambutan Aidilfitri pada program libat urus Jabatan Imigresen negeri bersama rakan strategik di Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini. FotoBERNAMA

SHAH ALAM: Urusan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa yang akan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya bermula Jun ini di dua Pejabat Imigresen di Selangor dijangka dapat mempertingkat serta mengoptimumkan lagi perkhidmatan pengeluaran pasport.

Pengarah Imigresen Selangor Dr Muhammad Syahmi Jaafar berkata, kedua-dua pejabat yang merupakan antara terawal melaksanakan inisiatif menerusi sistem MyOnline Passport itu merupakan antara pejabat yang mengeluarkan pasport yang tertinggi dengan pejabat di Kelana Jaya sekitar 450 pasport dan Kajang dengan 350 pasport sehari.

“Inisiatif ini dapat membantu dari segi mempertingkat dan mengoptimumkan lagi pengeluaran pasport dan ‘memudah cara’ lebih ramai pelanggan untuk hadir ke pejabat kita bagi mendapatkan perkhidmatan.

“Persedian secara teknikal dan sumber tenaga memang telah dilakukan ke arah inisiatif baharu yang dibangunkan oleh Kementerian Dalam Negeri,” katanya kepada pemberita ketika Program Libat Urus Antara Jabatan Imigresen Malaysia Selangor Bersama Rakan Strategik di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan urusan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa di tiga pejabat imigresen – Kajang, Kelana Jaya dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur – akan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya bermula 1 Jun depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dengan pelaksanaan permohonan secara dalam talian sepenuhnya menerusi sistem MyOnline Passport itu, kategori pemohon yang berumur 13 hingga 59 tahun untuk urusan pembaharuan pasport tidak lagi diterima di kaunter atau secara jumpa terus di ketiga-tiga pejabat berkenaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ibadah Haji: Jemaah jangan terpedaya tawaran orang perseorangan, syarikat
Next: Subsidi Minyak Masak: Peniaga kecil disaran daftar perniagaan – Fauziah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.