Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MYguardian Rewards tawar baucar lebih RM20,000 kepada lima juta ahli sepanjang April
  • BISNES

MYguardian Rewards tawar baucar lebih RM20,000 kepada lima juta ahli sepanjang April

Utusan Sarawak 4 hours ago
POSTER MYguardian Rewards

KUALA LUMPUR: Program kesetiaan MYguardian Rewards kini meraikan ulang tahun pertamanya dengan menawarkan baucar daripada lebih 80 jenama rakan kongsi dengan nilai melebihi RM20,000 kepada lebih lima juta ahlinya sepanjang bulan ini.

Guardian dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan program itu kini melibatkan pelbagai jenama  rakan kongsi termasuk Zus Coffee, Starbucks, Hush Puppies, OSIM dan Boost Juice, yang membolehkan ahli mengumpul mata ganjaran menerusi pembelian di 550 cawangan fizikal guardian di seluruh negara, e-Stor serta premis jenama rakan kongsi.

Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, Singapura dan Brunei, Anna Ng berkata, sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan utama, pihaknya sentiasa berusaha membina hubungan bermakna dengan ahlinya.

“Terdapat ratusan pilihan baucar promosi yang boleh ditebus dengan hanya 10 MYpoints, dengan penjimatan sehingga RM3,750 bagi setiap baucar, selain itu setiap baucar rakan kongsi ditawarkan dalam pelbagai bentuk menarik seperti diskaun istimewa, harga promosi dan tawaran percuma dan Guardian terus komited untuk memberikan ganjaran bermakna kepada pelanggannya.

“Dengan memilih jenama terkenal sebagai rakan kongsi, pelanggan bukan sahaja dapat mengumpul MYpoints menerusi pembelian dengan mereka, malah berpeluang menikmati ganjaran tambahan dalam bentuk penjimatan lebih besar melalui diskaun promosi ini, dengan penggunaan baucar secara bijak, anda dapat menikmati penjimatan melebihi RM20,000,” katanya.

Menurut Guardian, antara jenama rakan kongsi yang mengambil bahagian dalam penebusan eksklusif itu termasuk kategori makanan dan minuman, spa, kesejahteraan serta peruncit keperluan harian seperti PappaRich, Baskin-Robbins, Boost Juice, Qualitas dan The Body Shop.

Anna berkata, MYguardian Rewards telah berkembang pesat sebagai program kesetiaan pelanggan yang dipercayai di negara ini, dengan sokongan daripada lebih 80 rakan kongsi MYguardian merangkumi jenama gaya hidup, kesihatan, kesejahteraan, kecantikan, hiburan, kembara dan keperluan harian.

“Jika anda masih belum menjadi ahli MYguardian Rewards, daftar sekarang, ahli baharu akan menerima 10x MYpoints bonus untuk pembelian pertama serta baucar istimewa bernilai RM250. Pendaftaran adalah percuma dan tanpa kad fizikal kerana keahlian adalah sepenuhnya digital,” katanya.

Kenyataan sama memaklumkan penebusan baucar boleh digunakan serta-merta melalui pilihan ‘Guna Sekarang/ Use Now’ atau menyimpannya untuk digunakan kemudian dengan memilih ‘Guna Kemudian/ Use Later’.

Setiap baucar mempunyai tempoh sah laku tersendiri, bergantung kepada promosi jenama rakan kongsi. Senarai penuh baucar penebusan dan tempoh sah laku boleh didapati di pautan berikut: https://guardian.com.my/promotions/myguardian-rewards/myguardian-rewards-member/myguardian-partners.html?page=1. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia mengalami pembukaan lemah dipengaruhi sentimen pasaran
Next: Hibiscus Petroleum berada dalam kedudukan baik hadapi konflik Asia Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.