Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Myanmar terus bergolak
  • GLOBAL

Myanmar terus bergolak

Utusan Sarawak 4 years ago
RIBUAN rakyat Myanmar melakukan tunjuk perasaan bagi membantah rampasan kuasa tentera dua minggu lalu.• Foto AFP

YANGON: Tindakan tentera Myanmar mengerahkan lebih ramai anggota ke seluruh negara dan menyekat akses internet selama dua malam berturut-turut hanya menambah kemarahan rakyat.

Sekatan mengehadkan penggunaan internet itu bertujuan menghentikan protes besar-besaran, namun semalam lebih ramai penduduk awam turun padang menyertai tunjuk perasaan.

Pasukan tentera ketika ini meningkatkan usaha mematahkan kebangkitan kumpulan yang menentang rampasan kuasa tentera dua minggu lalu, menyaksikan pemimpin utama, Aung San Suu Kyi, ditahan bersama ratusan yang lain.

Malah, sebahagian besar barisan kepimpinan awam termasuk ahli Parlimen demokratik yang dilantik kerajaan, turut ditahan selain ramai lagi aktivis diburu.

Peguam Khin Maung Zaw, yang tidak dapat berjumpa dengan anak guamnya berkata, Suu Kyi dan Presiden Myanmar, Win Myint, dijangka disoal oleh mahkamah menerusi ‘persidangan video’ di ibu negara, Naypidawa, minggu ini.

Kedua-dua mereka tidak lagi dilihat orang awam sejak ditahan dalam rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

Pihak tentera kini melaksanakan sekatan internet berjam-jam lamanya sejak awal pagi semalam dan menambah kehadiran pasukan tentera di serata negara itu pada waktu malam termasuk mengerahkan kereta perisai ke Yangon.

Semalam, jaringan internet diputuskan semula dan NetBlock, yang berpangkalan di United Kingdom, berkata penembusan sambungan internet hanya sekitar 15 peratus saja.

“Myanmar ketika ini menghampiri penutupan internet secara total selama dua malam berturut-turut,” kata NetBlocks menerusi Twitter.

Tindakan itu dikatakan menyusuli tunjuk perasaan besar-besaran di serata Myanmar meskipun terdapat kehadiran pasukan tentera yang ramai di sekitar Yangon.

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Christine Schraner Burgener, turut menegur tindakan menyekat jaringan internet itu dan menyifatkannya sebagai mencabuli hak prinsip demokratik. – AFP

Continue Reading

Previous: Auckland ‘lockdown’
Next: Dibadai salji ‘luar biasa’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.