
YANGON: Myanmar menyasarkan untuk mengeksport antara 350,000 hingga 380,000 tan getah pada tahun kewangan 2025-2026 (April 2025 hingga Mac 2026), menurut seorang pegawai Persatuan Penanam dan Pengeluar Getah Myanmar kepada Xinhua hari ini.
Bagi tahun kewangan 2024-2025, Myanmar mengeksport kira-kira 300,000 tan getah, menjana hampir AS$500 juta, menurut akhbar milik kerajaan The Global New Light of Myanmar.
Menurut laporan itu, 75 peratus daripada jumlah eksport getah Myanmar dihantar ke China, manakala selebihnya dieksport ke Malaysia, Indonesia, Vietnam, India dan Jepun.
Getah ditanam di kawasan seluas 1.4 juta ekar (0.56 juta hektar) di seluruh negara. Negeri Mon adalah pengeluar getah utama, diikuti oleh wilayah Tanintharyi dan negeri Kayin, menurut laporan itu lagi.
-Bernama