Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Myanmar perkenal bekerja dari rumah setiap Rabu bagi jimat bahan api
  • GLOBAL

Myanmar perkenal bekerja dari rumah setiap Rabu bagi jimat bahan api

Utusan Sarawak 5 hours ago
ORANG ramai beratur dengan kenderaan masing-masing di sebuah stesen minyak susulan kenaikan harga bahan api di Mandalay pada 20 Mac 2026. Negara-negara Asia Tenggara menerima kesan besar daripada lonjakan harga diesel berikutan perang di Asia Barat selepas serangan terhadap infrastruktur tenaga di Iran dan negara Teluk. Di Myanmar, harga di pam meningkat sekitar 30 peratus dari 19 Mac ke 20 Mac. Foto AFP

YANGON: Myanmar memperkenalkan pelaksanaan bekerja dari rumah pada setiap Rabu bagi jabatan kerajaan bermula 25 Mac ini sehingga diberitahu kelak bagi membantu mengurangkan penggunaan bahan api, menurut kenyataan yang disiarkan dalam akhbar milik kerajaan The Mirror pada hari ini, lapor Xinhua.

Pasukan Penerangan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara memaklumkan dalam akhbar itu bahawa objektif utama langkah berkenaan bertujuan untuk menjimatkan bahan api. Oleh itu, pegawai dan kakitangan perlu mengelakkan sebarang perjalanan atau penggunaan kenderaan yang tidak penting pada hari bekerja dari rumah yang ditetapkan.

Ia turut menggalakkan organisasi swasta dan entiti perniagaan melaksanakan pengaturan serupa mengikut kesesuaian.

Sebagai tindak balas terhadap kemungkinan kekurangan bahan api susulan konflik berterusan di Asia Barat, kerajaan sebelum ini melaksanakan sistem giliran kenderaan ganjil-genap serta catuan bahan api.

Selain itu, kerajaan sedang berusaha mendapatkan import bahan api melalui pelbagai saluran bagi memastikan bekalan yang berterusan, menurut pasukan itu.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Seorang maut, dua hilang dalam kebakaran turbin angin
Next: Singapura, Australia bimbang konflik Asia Barat, tekad perkukuh keselamatan tenaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.