Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Myanmar lakukan jenayah perang – Amnesty
  • GLOBAL

Myanmar lakukan jenayah perang – Amnesty

Utusan Sarawak 3 years ago

MUSNAH… Gambar edaran Amnesty International menunjukkan sebuah gereja Kristian musnah selepas diletupkan menggunakan periuk api dan dibakar oleh tentera Myanmar di kampung Daw Ngay Ku di Perbandaran Hparuso di Negeri Kayah, timur Myanmar. • Foto AFP

MYANMAR: Tentera junta Myanmar melakukan jenayah perang dengan meletakkan periuk api secara skala besar di sekitar kampung tempat mereka memerangi pejuang anti-rampasan kuasa, kata kumpulan kempen hak asasi, Amnesty International semalam.

Pertempuran itu memusnahkan sebahagian besar negara sejak serangan tahun lalu, yang mencetuskan pertempuran baharu dengan kumpulan pemberontak etnik dan pembentukan puluhan ‘Pasukan Pertahanan Rakyat’ yang kini memerangi junta.

Semasa lawatan ke Negeri Kayah berhampiran sempadan Thailand, penyelidik Amnesty menemu bual mangsa yang terselamat daripada periuk api, pekerja perubatan yang merawat mereka dan orang lain yang terlibat dalam operasi pembersihan, kata organisasi itu.

Ia berkata, ia mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa tentera menggunakan periuk api di sekurang-kurangnya 20 kampung, termasuk di laluan ke sawah, mengakibatkan kematian dan kecederaan orang awam.

Amnesty juga berkata, ia mendokumentasikan beberapa kejadian yang mana tentera meletakkan periuk api di sekeliling gereja dan di kawasannya.

“Askar meletakkan periuk api di halaman rumah orang ramai, di pintu masuk rumah, dan di luar tandas.

“Dalam sekurang-kurangnya satu kes yang didokumenkan, askar memerangkap sebuah tangga rumah penduduk dengan alat letupan buatan wayar trip-wire.

“Ahli kumpulan anti-junta cuba untuk mengalihkan periuk api beberapa kawasan, tetapi kerja itu dilakukan dengan tangan hanya dengan peralatan asas dan tanpa sebarang latihan profesional,” kata Amnesty.

“Kami tahu daripada pengalaman pahit bahawa kematian dan kecederaan orang awam akan meningkat dari semasa ke semasa dan periuk api yang banyak menghalang orang ramai daripada pulang ke rumah dan tanah ladang mereka,” kata Rawya Rageh, penasihat kanan krisis kumpulan itu.

Myanmar bukan penandatangan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang penggunaan, penimbunan atau pembangunan anti-periuk api peribadi.

Tentera Myanmar berulang kali dituduh melakukan kekejaman dan jenayah perang selama beberapa dekad konflik dalaman.

Keganasan tentera terhadap minoriti Rohingya pada 2017 menyebabkan sekitar 750,000 orang melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh selain terdapat laporan rogol, pembunuhan dan pembakaran terhadap mereka.

Pada Mac lalu, Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan bahawa keganasan terhadap Rohingya sama dengan pembunuhan beramai-ramai dengan mengatakan terdapat bukti jelas tentang percubaan untuk ‘memusnahkan’ mereka.

Selain itu, Gambia mengheret Myanmar ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2019, menuduh negara yang majoritinya beragama Buddha itu melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap minoriti Islam.

Mahkamah yang berpangkalan di Hague akan memberikan penghakimannya mengenai bantahan awal Myanmar terhadap kes itu lewat minggu ini.

Berikutan rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi, tentera melancarkan tindakan keras terhadap perbezaan pendapat yang dikatakan kumpulan pemantau tempatan membunuh lebih 2,000 orang dan menyaksikan hampir 15,000 orang ditangkap. -AFP

Continue Reading

Previous: 13 banduan terbunuh,dua lagi cedera
Next: WHO isytihar cacar monyet kecemasan kesihatan global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.