Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MYAirline sedia kendalikan laluan Kuching-Miri-Kuching suku keempat tahun ini
  • TEMPATAN

MYAirline sedia kendalikan laluan Kuching-Miri-Kuching suku keempat tahun ini

Utusan Sarawak 2 years ago
Dato Sri Lee Kim Shin menerima kunjungan hormat syarikat penerbangan MYAirline yang diketuai Rayner Teo, hari ini.

KUCHING: MyAirline bersedia mengendalikan laluan Kuching-Miri-Kuching pada suku keempat tahun ini. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo, syarikat penerbangan itu telahpun menerima lapan pesawat.

“Susulan penerimaan pesawat tambahan itu, kami merancang untuk menyokong penerbangan domestik Sarawak dengan mengendalikan laluan tersebut  termasuk Kuching ke Bintulu dan Sibu apabila pesawat mencukupi kelak. 

“Kementerian Pengangkutan (MOTS) dan rakyat Sarawak pastinya teruja dengan pembukaan frekuensi tambahan ini kerana ia mewujudkan pilihan penerbangan dan mobiliti masa antara laluan. 

“Di samping itu, kami juga bercadang menubuhkan hab di Sarawak bagi menyokong operasi di sini,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada kunjungan hormat MYAirline kepada Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, hari ini. 

Pada masa sama, untuk penerbangan langsung antarabangsa baharu dari Sarawak seperti dicadangkan oleh Lee, satu kajian akan dijalankan selain berharap keterampilan perkhidmatan MYAirline dapat membantu pembangunan industri penerbangan di Sarawak terutamanya dalam sektor latihan dan teknikal.

Untuk rekod, MyAirline juga berjaya mengekalkan rekod yang baik sepanjang enam bulan yang lalu dengan tidak ada sebarang pembatalan penerbangan yang kini mendapat perhatian daripada MOTS.

Turut mengiringi Rayner Teo ialah Pengurus Kanan Operasi MYAirline Jong dan Pengurus Kanan, Jualan dan Pengedaran Rajesh Ram.

Selain Lee, menerima kunjungan hormat pihak MYAirlines di kementerian ialah  

Kunjungan hormat MYAirline kepada Lee turut disambut mesra Ketua Penerbangan MOTS Zulkarnain Rosli, Penasihat Teknikal Penerbangan MOTS Sio Yew Hua dan Penolong Setiausaha MOTS Siti Aisyah.

Continue Reading

Previous: Ibadah Haji eratkan hubungan empat sekeluarga ke Tanah Suci
Next: Basmi Kemiskinan: Sarawak fokus perkasa kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.