Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Muzium pho pertama dibuka di Ho Chi Minh
  • GLOBAL

Muzium pho pertama dibuka di Ho Chi Minh

Utusan Sarawak 3 hours ago
MUZIUM ini merupakan muzium kulinari swasta pertama di Vietnam yang dilesenkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Sukan Bandar Raya Ho Chi Minh.

HO CHI MINH: Muzium pho pertama dibuka di sini pada Khamis sebagai usaha memelihara warisan kulinari negara, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Terletak di kawasan berkeluasan 800 meter persegi di daerah Ben Thanh, muzium berkenaan merupakan muzium kulinari swasta pertama di Vietnam yang dilesenkan di bawah Jabatan Budaya dan Sukan Ho Chi Minh.

Muzium tiga tingkat itu menawarkan pengunjung “pengembaraan” 100 tahun sejarah pho iaitu hidangan mi sup popular Vietnam dengan menelusuri kawasan cenderamata, dapur, bilik pawagam dan ruang pameran budaya. 

Ia menawarkan jelajah lengkap selama sekitar 60 hingga 70 minit, membawa pengunjung daripada konteks sejarah kepada ruang budaya kepada pengalaman kulinari yang membantu mereka memahami kisah dan budaya hidangan ikonik itu.

Harga bagi jelajah muzium ialah 750,000 VND (kira-kira RM115) untuk dewasa dan 500,000 VND (RM77) bagi kanak-kanak.

Kemuncak jelajah ialah ruang pameran budaya yang menjaga ratusan artifak dan dokumen berkaitan budaya pho rakyat Vietnam merentasi tiga wilayah.

Ia menampilkan pameran yang direka bentuk untuk membantu pelawat lebih memahami berhubung bahan-bahan, proses memasak dan seni kemahiran pembuatan pho.

Jelajah turut singgah ke ruang makan untuk pelawat menikmati semangkuk pho dan pencuci mulut tempatan serta ruang permainan interaktif di tingkat dua.

Pengarah muzium Le Nhat Thanh berkata bangunan itu ialah tempat melindungi khazanah pho, mencerminkan perjalanan 100 tahun hidangan itu dari penjaja kaki lima ke meja makan di seluruh dunia. 

Menerusi kisah pho, muzium tersebut menyasarkan untuk mempromosikan kehebatan masakan Vietnam dan mempamerkan kebanggaan negara kepada kawan-kawan antarabangsa, ujar Thanh.

Pengunjung Nguyet Anh berkata muzium itu menghimpunkan tiga perkara yang paling diingini pelancong khususnya dari luar negara iaitu sejarah, budaya dan makanan.

Muzium berkenaan menjangkakan kehadiran 1,500 hingga 2,000 pelawat setiap hari termasuk separuh daripadanya pengunjung luar negara dan kumpulan pelancong. 

Selain itu, aras bawah muzium turut menempatkan restoran pho yang dibuka kepada orang awam. – Bernama-VNS/VNA

Continue Reading

Previous: Banjir Sumatera: 64,021 penduduk pulang ke rumah selepas keadaan semakin pulih
Next: Angkasawan Jepun Yui, tiga lagi pulang ke Bumi selepas misi ISS dipendekkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.