Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Muzium penting sebagai pusat ilmu, warisan budaya – Premier Sarawak
  • SEMASA

Muzium penting sebagai pusat ilmu, warisan budaya – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 3 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat pameran pelajar di Muzium Budaya Borneo sempena program Bermalam di Muzium, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Muzium tidak hanya berfungsi sebagai tempat pameran artifak, malah menjadi pusat ilmu yang menghubungkan masyarakat dengan sejarah, budaya serta hala tuju masa depan.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg koleksi artifak dan maklumat yang dipelihara di muzium merupakan sumber rujukan penting untuk memahami perjalanan tamadun dan evolusi kehidupan manusia dari zaman silam hingga kini.

“Pengalaman lalu adalah asas kepada keadaan masa kini, manakala keadaan hari ini akan mempengaruhi masa depan. Justeru, apa yang telah berlaku memberi pengajaran berharga untuk kita hadapi cabaran seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Program Bermalam di Muzium 2025 di Muzium Budaya Borneo, hari ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas melawat pameran pelajar di Muzium Budaya Borneo sempena program Bermalam di Muzium, hari ini. Foto Adele Rissa 

Beliau menasihati generasi muda agar sentiasa mengenali akar budaya sendiri serta bijak menyesuaikan diri dengan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) tanpa mengabaikan warisan, sambil menekankan bahawa Sarawak memiliki sejarah yang kaya seperti penemuan artifak di Gua Niah yang membuktikan kewujudan tamadun awal di Borneo.

“Meskipun wujud perbezaan dalam cara persembahan budaya, hakikatnya asasnya tetap sama. Peranan muzium amat penting kerana ia menyimpan bukti sejarah yang menjadi rujukan masyarakat,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang menegaskan bahawa penglibatan generasi muda dalam bidang permuziuman amat penting kerana merekalah pewaris yang bertanggungjawab memelihara dan meneruskan warisan bangsa.

“Apabila belia dilibatkan secara aktif, muzium bukan lagi sekadar institusi sejarah, tetapi jambatan antara generasi dan ruang yang hidup untuk rakyat memahami akar budaya serta identiti Malaysia.

“Pendekatan mesra belia seperti pameran interaktif, penggunaan teknologi digital serta pengenalan peranan kurator muda dapat menarik minat generasi muda menjadikan muzium sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat,” katanya.

Untuk rekod, Program Bermalam di Muzium telah meraih empat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sejak 2016, antaranya penyertaan seramai 3,209 peserta mengenakan tengkolok pada 2019 serta 2,903 peserta menyertai aktiviti penghasilan poster bertema patriotik pada 2024.

Oleh Amanda L dan Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pindaan Akta Perlindungan Kanak-Kanak dalam proses, fokus perkukuh kawalan dunia siber – Nancy
Next: TYT: Hargai pengorbanan pemimpin terdahulu, tandatangani MA63 hingga melahirkan Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.