Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Muzium Makkah pamer manuskrip Quran bertarikh 1843
  • GLOBAL

Muzium Makkah pamer manuskrip Quran bertarikh 1843

Utusan Sarawak 8 hours ago
NASKHAH al-Quran bertarikh 1259 Hijrah bersama 1843 Masihi.

MAKKAH: Muzium Al-Quran di Daerah Kebudayaan Hira di Makkah mempamerkan himpunan artifak dan barang koleksi berkaitan al-Quran yang jarang ditemui, yang mendokumentasikan penjagaan umat Islam terhadap kitab suci itu sepanjang zaman, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Antara yang menonjol ialah al-Quran bertarikh 1259 Hijrah bersamaan 1843 Masihi, yang menjadi bukti sejarah keindahan penulisan dan hiasan manuskrip al-Quran.

Naskhah itu dibezakan dengan skrip tepatnya yang ditulis dengan dakwat hitam dengan tanda diakritik penuh. Halamannya dikelilingi sepuh emas, pemisah ayat emas dan hiasan bunga rumit yang menyerlahkan ketukangan tinggi yang dicapai dalam penyepuhan dan penghiasan manuskrip al-Quran semasa tempoh bersejarah itu.

Maklumat yang disertakan bersama artifak berkenaan menunjukkan kitab itu kemudiannya menjalani pemulihan dan pengikatan semula untuk melindunginya daripada kemerosotan.

Langkah tersebut membantu memelihara khazanah al-Quran yang jarang ditemui ini dan mengekalkannya sebagai saksi pada warisan budaya dan tamadun yang menjangkau lebih satu setengah abad.

Paparan al-Quran ini adalah sebahagian daripada kandungan pendidikan dan budaya yang diketengahkan oleh Muzium Al-Quran, yang membolehkan pelawat dan jemaah haji menerokai pelbagai contoh naskhah al-Quran bersejarah dan manuskrip yang jarang ditemui serta mempelajari tentang pelbagai peringkat penulisan, penyalinan dan penghiasan manuskrip al-Quran merentasi era Islam berbeza.

Muzium berkenaan berperanan sebagai destinasi budaya dan pendidikan yang terkenal di Makkah, menonjolkan sejarah usaha umat Islam dalam berkhidmat dan memelihara al-Quran.

Ia juga menggalakkan kesedaran mengenai nilai warisan Islam yang dikaitkan dengan al-Quran menerusi paparan muzium moden dan pengalaman pendidikan interaktif yang memperkaya pengalaman pelawat dan meningkatkan hubungan mereka dengan sejarah al-Quran. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Muzium Obama bakal dibuka di Chicago
Next: Beberapa individu terkorban dalam nahas pesawat ringan di Croatia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.