Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Muzium Budaya Borneo bukti keunikan Sarawak di pentas muzium global
  • TEMPATAN

Muzium Budaya Borneo bukti keunikan Sarawak di pentas muzium global

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas merasmikan sebuah hotel butik baharu di Kuching, hari ini.

KUCHING: Kejayaan Muzium Budaya Borneo (BCM) dinobatkan sebagai muzium global nombor satu dunia menjadi kebanggaan Sarawak, sekali gus membuktikan keupayaan negeri ini bersaing di peringkat antarabangsa melalui inovasi dan kreativiti dalam sektor warisan serta pelancongan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sejak awal perancangannya, muzium berkenaan dibina dengan konsep berbeza daripada muzium konvensional apabila menekankan elemen interaktif, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan paparan digital moden.

“Ketika kita merancang pembinaan muzium ini dahulu, konsepnya agak berbeza daripada reka bentuk muzium biasa. Semasa saya menjadi Menteri Pelancongan, kita telah melawat beberapa negara dan melihat pelbagai jenis muzium.

Namun, pada waktu itu kita memperkenalkan konsep muzium interaktif yang menggunakan teknologi AI dan digital. Malah, jika dibandingkan dengan muzium di Paris, terutamanya bahagian pameran bawah tanahnya, konsep kita mempunyai kelainan tersendiri. Alhamdulillah, hasilnya kini diiktiraf sebagai muzium global nombor satu dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan sebuah hotel butik baharu di sini, hari ini.

Abang Johari berkata pengiktirafan itu bukan sahaja mengangkat nama Sarawak di mata dunia, malah menjadikan muzium tersebut sebagai tarikan baharu kepada pelawat tempatan dan antarabangsa.

“Mudah-mudahan pengiktirafan ini menjadi tarikan kepada masyarakat antarabangsa dan pelawat dari dalam serta luar negara untuk datang melihat sendiri keunikan muzium tersebut,” ujarnya.

Premier turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri kini sedang menaik taraf Muzium Sejarah Alam (Natural History Museum) yang terletak berhadapan bangunan utama BCM bagi memperkukuh lagi daya tarikan pelancongan muzium di Kuching.

“Muzium itu nanti akan menampilkan teori evolusi Darwin dan Wallace serta memperkenalkan penemuan penting biodiversiti Sarawak yang membawa kepada lahirnya Sarawak Law, teori terkenal yang menjadi asas kepada evolusi biologi moden,” jelasnya.

Menurut Abang Johari, pencapaian cemerlang BCM juga menjadi bukti kejayaan pendekatan kerajaan negeri dalam memajukan sektor pelancongan berasaskan budaya, warisan dan ilmu pengetahuan.

Beliau turut mengakui cabaran utama Sarawak dalam menarik pelancong antarabangsa ialah dari segi hubungan penerbangan yang masih terhad.

“Kita sedar cabaran utama Sarawak ialah hubungan udara. Jika kita dapat memperkukuh perhubungan ini dan memudahkan akses pelancong antarabangsa ke Sarawak, sudah tentu lebih ramai akan datang ke sini,” katanya.

Justeru, tambah beliau, kerajaan negeri akan terus menambah baik prasarana dan memperkukuh rangkaian penerbangan bagi memastikan Sarawak kekal sebagai destinasi pelancongan utama di rantau Asia serta terus dikenali di arena muzium global.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Sarawak tekad pacu pembangunan melalui RMK13

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.