Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MUT Sarawak sertai Water Horizons 2025 bagi realisasi transformasi sektor air
  • SEMASA

MUT Sarawak sertai Water Horizons 2025 bagi realisasi transformasi sektor air

Utusan Sarawak 3 days ago
KERAJAAN Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) terus mempergiat usaha merealisasikan transformasi sektor air yang mampan dan berdaya tahan menerusi penyertaan dalam persidangan antarabangsa Water Horizons 2025 di London. Foto UKAS

LONDON: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) terus mempergiat usaha merealisasikan transformasi sektor air yang mampan dan berdaya tahan menerusi penyertaan dalam persidangan antarabangsa Water Horizons 2025 di sini.

Persidangan anjuran IWA Conferences Ltd itu memberi tumpuan kepada masa depan pengurusan air global dengan tema utama ‘Transforming Utilities for a Resilient,Net Zero Future’.

Ia menghimpunkan pemimpin industri, pembuat dasar, pakar teknologi serta pengawal selia dari seluruh dunia bagi membincangkan strategi dan inovasi dalam sektor utiliti air.

Delegasi Sarawak diketuai Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi dengan hasrat mendapatkan pendedahan antarabangsa serta membina jaringan kerjasama dalam sektor utiliti air sejajar aspirasi menjadikan Sarawak peneraju inovasi hijau dan pembangunan mampan di rantau ini.

Sebagai sebahagian daripada lawatan kerja tersebut, delegasi turut berkunjung ke Pusat Operasi Wessex Water, syarikat utiliti air terkemuka milik YTL Corporation di Bath Spa, United Kingdom.

Lawatan berkenaan memberikan pengalaman berharga kepada delegasi untuk meninjau secara dekat teknologi terkini, sistem operasi moden serta amalan pengurusan air terbaik yang dilaksanakan syarikat utiliti air itu dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada jutaan pengguna.

Turut hadir Setiausaha Tetap MUT, Datu Jafri Lias, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu Abdullah Julaihi, Timbalan Setiausaha Kewangan Sarawak (SFS), Datu Hasmawati Sapawi, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water Sdn. Bhd., Malseni Jamal serta pegawai-pegawai MUT. –UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak buka ruang teroka konsep sempadan planet untuk pembangunan mapan
Next: Kerajaan MADANI peruntuk RM11 bilion laksana BUDI95, lindungi kesejahteraan rakyat – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.