Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mustapha Sakmud terajui hal ehwal Sabah dan Sarawak
  • NASIONAL

Mustapha Sakmud terajui hal ehwal Sabah dan Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak) yang baharu Datuk Mustapha Sakmud. Pelantikan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio dalam Kabinet Kerajaan MADANI diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) dalam rombakan Kabinet Kerajaan MADANI hari ini.

Pelantikan beliau diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada sidang media rombakan kabinet di Putrajaya, sebagai langkah memperkukuh penyelarasan dasar dan pelaksanaan agenda pembangunan kedua-dua negeri berkenaan.

Mustapha, Ahli Parlimen Sepanggar, sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 2022 dan seterusnya Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dalam rombakan Kabinet sulung Kerajaan Perpaduan pada Disember 2023.

Sebelum ini, Portfolio Menteri Hal-Ehwal Sabah dan Sarawak diwujudkan pada Mac 2020 dan pernah disandang Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sehingga 2022.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), portfolio itu kemudiannya bertukar tangan kepada Datuk Armizan Mohd Ali yang memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas).

Selepas rombakan Kabinet kali pertama di bawah pimpinan Anwar pada Disember 2023, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. – Bernama

Continue Reading

Previous: Hannah Yeoh kini Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan)
Next: Dewan Negara lulus RUU Antibuli 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.