Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Musim perayaan perkuat perpaduan berbilang kaum di Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Musim perayaan perkuat perpaduan berbilang kaum di Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
SETIAUSAHA Politik Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Datuk Pengiran Jawa menggesa rakyat kekal bersatu dan berhemah dalam menyambut Aidilfitri.

LAWAS: Musim perayaan di Sarawak terus disambut meriah oleh masyarakat berbilang kaum, latar belakang dan keturunan, mencerminkan keunikan serta keharmonian negeri ini.

Setiausaha Politik kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Awangku Jinal Abedin Datuk Pengiran Jawa, berkata situasi itu menjadi identiti budaya Sarawak yang kukuh dengan semangat perpaduan.

Beliau pada masa sama berharap umat Islam menyambut Aidilfitri dengan penuh keinsafan dan berhemah, khususnya dalam keadaan geopolitik global yang tidak menentu.

Menurutnya, ketidaktentuan ekonomi dunia dijangka berlaku susulan konflik yang berterusan di Asia Barat dan beberapa kawasan di Eropah.

“Keadaan ini menuntut rakyat Sarawak agar sentiasa peka terhadap perkembangan semasa serta memastikan perpaduan terus kekal kukuh,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepentingan kestabilan politik di negeri ini dengan sokongan berterusan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Jamit santuni keluarga mangsa kebakaran di Kampung Baru, Kapit
Next: Sumbangan Aidilfitri PJMM dan Perkim Lawas terus ringankan beban golongan memerlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.