Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Musim bubuk kembali, nelayan kongsi cabaran di sebalik hasil lumayan
  • Utara
  • WILAYAH

Musim bubuk kembali, nelayan kongsi cabaran di sebalik hasil lumayan

Utusan Sarawak 6 hours ago
 ORANG ramai mengunjungi Pasar Tamu Bintulu bagi mendapatkan bubuk yang dibawa nelayan awal pagi ketika musim bubuk memasuki minggu pertama.

BINTULU: Musim bubuk di perairan Bintulu kembali bermula sejak seminggu lalu dengan hasil tangkapan yang disifatkan menggalakkan, sekali gus memberi kelegaan kepada nelayan tempatan.

Hasil tinjauan Utusan Sarawak di tapak jualan bubuk di Pasar Tamu Bintulu mendapati orang ramai mula mengunjungi kawasan berkenaan seawal nelayan tiba membawa hasil tangkapan pada awal pagi.

Nelayan, Boniface Ijan, 30, berkata, musim kali ini baru memasuki minggu pertama dan hasil yang diperoleh setakat ini agak memberangsangkan.

“Musim bubuk kali ini baru bermula sekitar seminggu dan hasil tangkapan setakat ini agak menggalakkan.

“Bubuk di Bintulu dijual mengikut gantang, berbeza dengan beberapa tempat lain seperti Miri yang menjualnya mengikut kilogram,” katanya.

Menurutnya, bubuk yang ditangkap berhampiran kawasan berpasir lazimnya berwarna putih manakala yang diperoleh jauh dari kawasan tersebut berwarna kemerahan, namun kedua-duanya mempunyai kualiti yang baik.

Katanya, nelayan turun ke laut seawal 3.00 pagi dan keadaan cuaca memainkan peranan penting dalam menentukan hasil tangkapan.

“Keadaan laut dan cuaca memberi kesan kepada hasil. Ada kalanya berdepan alun-alun besar serta hujan, namun ketika ini cuaca lebih baik dan tiada alun-alun besar,” ujarnya.

Sementara itu, nelayan, Sebeli Tinggi, 42, berkata, hasil tangkapan boleh mencecah antara 100 hingga 300 gantang sehari bergantung kepada keadaan cuaca.

“Sekiranya cuaca buruk, hasil tangkapan terjejas dan ada ketikanya tiada hasil langsung.

“Selain itu, jaring juga boleh tersangkut pada batu terakit serta berdepan gangguan hidupan laut seperti ikan yu,” katanya.

Menurutnya, jika dibandingkan dengan dahulu, jumlah tangkapan kini semakin berkurangan dan berkemungkinan dipengaruhi perkembangan kawasan perindustrian.

Bagi masyarakat tempatan, musim bubuk bukan sahaja menjadi sumber pendapatan nelayan, malah turut membuka peluang kepada pengusaha menghasilkan belacan yang sinonim dengan kawasan ini.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Projek RM180 juta bekalan air pacu pembangunan Machan
Next: RM2.63 juta disalurkan kepada 2,918 penerima bantuan di Sarikei bagi tempoh Januari hingga Februari 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.