Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Musa Aman buat kejutan muncul di Beaufort
  • NASIONAL

Musa Aman buat kejutan muncul di Beaufort

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA PENYU, 17 Sept -- Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (kanan) bersama calon Pakatan Nasional bagi Dewan Undangan Klias Datuk Isnin Aliasnih pada majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

BEKAS Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (kanan) bersama calon Pakatan Nasional bagi DUN Klias Datuk Isnin Aliasnih pada majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri semalam. • Foto BERNAMA

BEAUFORT: Selepas lima hari ‘hilang’ dari radar penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman membuat kejutan  muncul di Beaufort semalam.

Segak berpakaian batik, beliau hadir memakai pelitup muka, memegang tongkat sambil duduk tersenyum di kerusi tetamu kehormat menunggu kedatangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada program Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah di Dataran Bagandang, pagi semalam.

Kehadiran Musa itu dimanfaatkan orang ramai termasuk pemimpin tempatan dan orang kampung untuk merakam gambar dan video sambil bertanyakan khabar.

Ketika disapa Bernama, Musa melemparkan senyuman dan ringkas menjawab “Saya sihat Alhamdulillah. Kamu apa khabar?,” katanya yang berasal dari Kampung Bingkul, lima minit dari pekan Beaufort ini.

Musa pada 29 Julai, menggegar landskap politik Sabah apabila mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Situasi itu seterusnya menyebabkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) diumumkan ketua menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan 12 September sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 26 September ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas CEO 1MDB risau syarikat banyak hutang
Next: Pilih Kerajaan Sabah sehaluan Kerajaan Persekutuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.