Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Murid tadika timba ilmu keselamatan kebakaran di BBP Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

Murid tadika timba ilmu keselamatan kebakaran di BBP Bintangor

Utusan Sarawak 4 hours ago
WARGA Tadika Methodist Batu 3 yang menjalankan lawatan sambil belajar ke BBP Bintangor bergambar bersama Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin dan pasukan bomba. Foto: BBP Bintangor.

BINTANGOR: Seramai 24 murid dan tiga guru pengiring dari Tadika Methodist Batu 3 berpeluang menimba pengalaman serta pengetahuan baharu mengenai keselamatan kebakaran menerusi lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, baru-baru ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata bahawa lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan awal mengenai keselamatan kebakaran serta peranan anggota bomba kepada kanak-kanak.

“Lawatan sambil belajar ini memberi peluang kepada murid mengenali dengan lebih dekat tugas dan tanggungjawab anggota bomba, selain meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kebakaran sejak usia muda,” katanya ketika dihubungi.

“Pendedahan awal amat penting bagi membantu kanak-kanak memahami langkah-langkah keselamatan dan tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan,” tambahnya.

Beliau berkata antara pengisian program ialah ceramah kesedaran keselamatan kebakaran, demonstrasi penggunaan alat pemadam api serta demonstrasi memadam kebakaran melibatkan dapur memasak.

Para murid turut berpeluang melihat sendiri pelbagai jentera dan peralatan yang digunakan oleh anggota bomba dalam operasi pemadaman kebakaran dan penyelamat.

“Pendekatan pembelajaran secara praktikal dan interaktif seperti ini membantu murid memahami aspek keselamatan dengan lebih mudah dan berkesan. Mereka juga berpeluang melihat dengan lebih dekat fungsi jentera dan peralatan yang digunakan oleh anggota bomba semasa menjalankan tugas,” katanya.

Selain itu, program ini turut diselitkan dengan aktiviti keselamatan kebakaran i-Suri, yang memberi pendedahan tambahan kepada guru pengiring mengenai aspek keselamatan kebakaran.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Asrama bantu bentuk disiplin dan sikap berdikari murid
Next: Paras air naik satu meter, Jalan Nanga Kumpang tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.