Murid prasekolah SJK Sungai Jaong kunjungi Perpustakaan Awam Marudi

Facebook
WhatsApp
PENGHARGAAN... Kaunselor Edward Mendai menerima cenderamata daripada guru bimbingan prasekolah SJK Sungai Jaong, Marudi sempena lawatan murid ke Perpustakaan Awam Marudi. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Seramai 24 murid prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sungai Jaong, Marudi, bersama seorang guru bimbingan dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) mengadakan lawatan ke Perpustakaan Awam Marudi hari ini.

Dalam lawatan tersebut, rombongan berkenaan diberi penerangan ringkas berkaitan perkhidmatan perpustakaan selain diperkenalkan dengan program Rakan Ilmu 2026 yang berlangsung sepanjang Ogos dan September 2026.

Taklimat berkenaan disampaikan oleh Pengurus Perpustakaan Awam Marudi, Christina Ulau, yang turut menerangkan pelbagai aktiviti yang dianjurkan menerusi program berkenaan.

Antara aktiviti yang diperkenalkan termasuk Kempen Membaca dan Merdeka, Menara Buku dan Cabaran Membaca, Tayangan Video Kemerdekaan serta Aktiviti Mewarna Kemerdekaan.

Menurut Ulau, lawatan itu bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan murid selain memberi pendedahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan.

“Usaha ini diharap dapat menggalakkan budaya membaca sejak usia awal serta menjadikan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran yang menarik kepada murid,” katanya.

Oleh Jiku Juguong

Agong terima menghadap Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.