Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mural ‘Oyen’ jadi tarikan pasar raya
  • TEMPATAN

Mural ‘Oyen’ jadi tarikan pasar raya

Utusan Sarawak 4 years ago
MURAl kucing ini sangat besar dan memakan belanja sebanyak RM30,000 untuk menyiapkannya.

KUCHING: Mural seekor kucing berwarna jingga yang dilakarkan di salah sebuah pasar raya terkemuka yang baharu dibuka baru-baru ini menjadi tumpuan dan tarikan terkini kepada masyarakat setempat.

Mural hasil seni lukisan, pelukis Simon Tan yang berasal dari Pulau Pinang itu sungguh mempersonakan sehingga pengunjung di pasar raya tersebut tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama mural tersebut.

Menurut Simon Tan, beliau mempunyai banyak pilihan haiwan untuk dijadikan mural pada asalnya seperti burung Enggang dan Orang Utan. Namun, setelah perbincangan bersama kumpulannya, beliau memutuskan untuk memilih kucing sebagai hasil seninya kerana kucing melambangkan simbol kepada ibu negeri Sarawak.

Ujarnya, mural yang dilakarkan itu merupakan hasil kerja tangannya seorang diri tanpa bantuan orang lain kerana mahu mengekalkan keaslian dan keunikan seni tersebut.

“Tempoh yang diambil untuk menyiapkan mural tersebut adalah selama sebulan,”tambahnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kos bagi menyiapkan mural tersebut, beliau memaklumkan bahawa dianggarkan sejumlah RM30,000 diperlukan untuk menyiapkannya.

“Cat khas digunakan untuk membuat mural itu. Cat yang digunakan boleh bertahan sehingga 10 tahun,”jelasnya.

Ujarnya lagi, mata, hidung dan misai kucing tersebut menggunakan cat pendarfluor (Fluorescent paint) yang boleh memberi efek pencahayaan di malam hari.

Oleh ‘AINI ‘AFIFAH HAFIZ

Continue Reading

Previous: Turut sokong kerajaan demi pembangunan
Next: 320 KELUARGA TERJEJAS 21 rumah panjang terputus hubungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.