Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mulyadi mahu acara tenis berpasukan kekal di Sukan SEA Malaysia 2027
  • SUKAN

Mulyadi mahu acara tenis berpasukan kekal di Sukan SEA Malaysia 2027

Utusan Sarawak 2 hours ago
Ketua jurulatih tenis negara, Muliyadi Jamal menyuarakan harapan agar acara berpasukan dikekalkan pada Sukan SEA Malaysia 2027. Foto agensi

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad tenis negara, Mulyadi Jamal memohon agar acara berpasukan lelaki dan wanita dikekalkan pada Sukan SEA Malaysia 2027 susulan peluang lebih cerah untuk skuad negara meraih pingat menerusi acara berkenaan.

Beliau berkata, keutamaan itu disuarakan dalam mesyuarat bersama Majlis Sukan Negara (MSN) yang antara lain membincangkan perancangan awal dan cadangan acara bagi temasya berkenaan.

“Saya mohon kepada pihak atasan untuk kekalkan acara berpasukan lelaki dan wanita. Acara individu mereka akan putuskan dan pihak persatuan akan berbincang dengan pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan Majlis Sukan Negara (MSN). 

“Kalau boleh kekalkan tujuh acara yang berlangsung pada Sukan SEA di Bangkok tahun lepas, tetapi disebabkan kita nak jadi juara keseluruhan, ada acara yang akan dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) 2026 di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Mulyadi turut membangkitkan keperluan peningkatan peruntukan bagi memperkukuh persiapan atlet, mengambil kira rekod konsisten skuad tenis yang menyumbang pingat pada setiap edisi Sukan SEA. 

Beliau memohon dana tambahan bagi meningkatkan pendedahan antarabangsa atlet termasuk penyertaan dalam 15 hingga 20 kejohanan setahun bagi mengumpul mata ranking dunia. 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya menerima tawaran daripada Persekutuan Tenis Kazakhstan untuk menjalani latihan di negara berkenaan, namun ada beberapa kos yang perlu ditanggung sendiri.

“Anggaran kos bagi satu program selama sebulan melibatkan lima pemain lelaki dan lima wanita adalah antara RM60,000 hingga RM100,000 termasuk penerbangan, penginapan, makan minum serta elaun jurulatih dan atlet,” katanya. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Arsenal diuji Chelsea, Spurs makin terdesak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.