Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Mulu rancakkan promosi pelancong domestik
  • BISNES

Mulu rancakkan promosi pelancong domestik

Utusan Sarawak 5 years ago
TAKLIMAT… Dato Gerawat bercakap semasa taklimat lawatannya di Pusat Khidmat N4 Pantai Damai.

KUCHING: Mulu mula merancakkan promosi bagi menarik kedatangan pelancong domestik berikutan sekatan sempadan antarabangsa semasa serangan pandemik Covid-19 ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala mengakui industri pelancongan di kawasan Taman Negara itu terjejas kerana mencatatkan hampir sifar kedatangan pelancong asing.

“Sebab arahan sekatan sempadan kepada pelancong antarabangsa untuk datang ke Malaysia memang kedatangan mereka sangat berkurangan,” katanya.

Gerawat yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata demikian pada sidang media ketika melawat ke Pusat Khidmat Pantai Damai semalam.

Justeru itu, promosi untuk menarik kedatangan pelancong domestik terutama rakyat tempatan dan dari Semenanjung Malaysia kata Gerawat akan dipergiatkan.

“Seperti dikatakan Menteri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah) kita yang mengatakan inilah masanya untuk kita mempromosikan pelancongan domestik,” ujarnya.

Selama sekatan sempadan masih dilaksanakan untuk negara menghadapi pndemik Covid-19 ini, Gerawat mengakui seluruh industri pelancongan terjejas.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Maybank dinobat bank digital pengguna terbaik dunia
Next: MEDAC bertanggungjawab cepatkan penerapan e-dagang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.