MULTI TUGASAN ANGGOTA BOMBA

Facebook
WhatsApp

JIKA kita amati aktiviti-aktiviti harian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba), tidak dapat tidak kita merasakan betapa multi tugasan yang mereka pikul cukup mengagumkan.

Walaupun tugasan utama anggota Bomba ialah untuk memadam api ketika kebakaran, tersua jua mereka dalam  hal-hal lain.

Sebagai contoh, bukan sesuatu yang pelik lagi kita mendengar kisah ada pihak Bomba yang dipanggil untuk menyelesaikan masalah cincin di jari seseorang yang tiba-tiba sukar untuk dicabut akibat sudah terlalu sendat.

Kita ambil saja aktiviti bomba sekitar Sarawak ini yang berlaku pada Rabu (2 Mac 2022) lepas sebagai bahan perbualan kita tentang apa yang anggota Bomba ini lakukan.

Dalam satu hari yang sama, apa yang berlaku di Miri, di Bintangor dan di Kuching cukup rencam bentuk tugasan mereka.

Di Miri, pasukan unit udara Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan tugas mereka menghantar vaksin Covid-19 jenama Pfizer ke sembilan kawasan pedalaman di daerah Baram menggunakan helikopter.

Mereka melaksanakan tugas Program Imunisasi Nasional Untuk Kanak-kanak (PICKIDS) dengan menghantar 452 dos Pfizer ke Long Panai, Long Lellang, Long Banga, Long Jekitan, Long Moh, Long Miri, Long Leru, Long Jegan, dan Ulu Teru.

Kerja-kerja menerbangkan vaksin sebenarnya sudah setahun berlaku sejak dari 7 Februari 2021 bagi Bahagian Miri.

Lain pula kisahnya di Bintangor, anggota Bomba di sana dipanggil kerana terdapat seekor ular sawa terjerut di jaring ikan yang digunakan untuk memagari reban ayam di Jalan Tulai.

Sementara itu, di Kuching, anggota Bomba bertungkus lumus memadam api pada dua buah kenderaan yang terbakar di tempat yang berbeza, iaitu sebuah Mercedes Benz yang terbakar di Jalan Chawan Lot sekitar jam 9 pagi manakala sebuah kereta Viva pula terbakar di tempat parkir di Jalan Tun Jugah pada sebelah malam sekitar jam 10 pagi.

Di Jalan Stephen Yong pula, anggota Bomba juga dikerah untuk membersihkan jalan raya yang tersimbah dengan minyak pelincir akibat sebuah lori membawa simen terlanggar pembahagi jalan sekitar jam 6 petang.

Begitulah, khidmat bakti anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang corak multitugasan mereka cukup menarik perhatian ramai dan mencabar sekali bagi mereka. Kita ucapkan syabas kepada mereka.

PRU-15 berlumpur?

KINI isu banjir menjadi polemik ketika banyak pihak meramal kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan hujung Oktober hingga awal

Persoalan kerusi Parlimen baharu

APABILA dibangkitkan isu keperluan 35  peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, ada pandangan-pandaNgan lain berkaitan isu ini dikemukakan oleh

Ratu Elizabeth II dan Sarawak

PADA 8 September minggu lalu, kita mendapat perkhabaran mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II. Pemergian Ratu ini mendapat liputan meluas dalam

Sejarah agihan kerusi Parlimen Sarawak

KETIKA pembentukan Malaysia, kerusi Parlimen yang mewakili Sabah, Sarawak dan Singapura mewakili 35 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen negara. Ada