Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Mula beroperasi semalam
  • BISNES

Mula beroperasi semalam

Utusan Sarawak 5 years ago
SIMBOLIK PELANCARAN… Acara memotong reben simbolik pra-pelancaran Emart Tabuan Jaya disertai Pengarah Urusan Emart Ngu Ting Sii (empat kanan), Pengurus Kanan, Phang Kang Wai (tengah), Pengurus Besar Kumpulan Barang Dagangan Steven Low (tiga, kiri) dan Pengurus Besar Kumpulan Ling Tien Beng (empat, kiri) serta pihak bekerjasama dari Ibraco Berhad dan UOB Bank.

KUCHING: Pasar Raya Emart Tabuan Jaya yang terbesar di Sarawak kini telah dibuka dengan reka bentuk dan konsep terbaharu bagi memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan kepada pelanggan di sini.

Pengurus Kanan Emart Kuching, Phang Kang Wai berkata, Emart Tabuan Jaya, sebuah pasar raya baharu bukan sahaja menawarkan pelbagai barangan tetapi juga memperkenalkan kaunter daftar keluar sendiri bagi pembayaran sendiri oleh pelanggan.

“Kaunter ini merupakan yang pertama oleh pasar raya Emart dan juga pertama di Sarawak.

“Dengan kaunter ini kita berharap akan memberikan kesenangan untuk pelanggan membayar barangan mereka sendiri dan mengelakkan mereka daripada beratur panjang untuk membayar di kaunter biasa,” katanya ketika Majilis Pra-pelancaran Emart Tabuan Jaya semalam.

Beliau berharap, pasar raya itu bakal menjadi pilihan yang terbaik kepada penduduk di sekitar Kuching secara amnya.

Emart Tabuan Jaya beroperasi bermula 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.

Sempena pembukaan cawangan baharu Emart ini juga, 100 pelanggan pertama telah menerima set barangan  percuma seawal jam 8.00 pagi.

Emart Tabuan Jaya turut mengadakan tiga hari jualan istimewa bagi ahli-ahli Emart menikmati harga barang jualan yang lebih murah iaitu dari 3 Julai hingga 5 Julai ini.

Emart yang sentiasa memperbaharui servis mereka kini memudahkan urusan pendaftaran ahli secara atas talian dan juga ahli boleh mengemaskini mata terkumpul melalui atas talian.

Emart turut dikatakan bakal memperkenalkan aplikasi Emart tersendiri bagi memberikan pengalaman membeli- belah yang lebih senang kepada pelanggan mereka.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Malaysia fail tindakan undang-undang terhadap EU
Next: BSN terus galakkan budaya menyimpan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.