Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mukah terus giat galas peranan sebagai hab sukan berbasikal
  • SUKAN

Mukah terus giat galas peranan sebagai hab sukan berbasikal

Utusan Sarawak 2 days ago
EDISI kedua Cabaran Kriterium Mukah kali ini berjaya menarik penyertaan seramai 185 peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk dari Sarawak, Semenanjung Malaysia, Brunei Darussalam (8 peserta), Indonesia (3 peserta) dan Afrika Selatan (2 peserta). Foto UKAS
 

MUKAH: Cabaran Kriterium Mukah 2025 bukan sekadar acara sukan berbasikal biasa, sebaliknya menjadi pemangkin strategik untuk menjadikan Mukah sebagai destinasi sukan berbasikal berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata penganjuran acara ini membuktikan potensi besar Mukah dalam mengetengahkan sukan berasaskan komuniti dan pelancongan.

Menurutnya, kejayaan Mukah Criterium diinspirasikan daripada kejayaan acara seperti Layar Cycling Event di Betong dan Kuala Baram Race di Miri, yang kini menjadi acara tahunan bertaraf kebangsaan.

“Saya yakin, dengan komitmen dan sokongan berterusan, Mukah mampu muncul sebagai pusat tumpuan baharu untuk peminat sukan berbasikal,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh ADUN N57 Tellian, Royston Valentine, semasa majlis perasmian acara di Jalan Setia Raja, semalam.

Tambahnya, acara seperti ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat, malah membuka ruang mencungkil bakat muda dalam kalangan belia.

Penyertaan kategori Super Master, yang melibatkan peserta berusia 60 tahun ke atas, turut menyerlahkan bahawa kecergasan dan daya saing boleh dipupuk merentas semua peringkat umur.

Dato Sri Abdul Karim turut menekankan bahawa impak ekonomi daripada acara ini turut dirasai masyarakat setempat.

“Kehadiran peserta dan pengunjung luar memberikan limpahan ekonomi kepada peniaga kecil, pengusaha makanan dan minuman, hotel, homestay serta sektor pelancongan secara keseluruhan.

“Inisiatif seperti ini bukan sahaja memperkasakan pembangunan sukan, malah memperkukuh ekonomi tempatan serta memperkenalkan Mukah sebagai destinasi yang dinamik dan berpotensi tinggi,” jelas beliau.

Beliau turut menyarankan agar Cabaran Kriterium Mukah dijadikan acara tahunan, dengan penglibatan aktif kelab-kelab berbasikal tempatan, khususnya dari Bahagian Mukah.

Edisi kedua Cabaran Kriterium Mukah ini berjaya menarik penyertaan seramai 185 peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk dari Sarawak, Semenanjung Malaysia, Brunei Darussalam (8 peserta), Indonesia (3 peserta) dan Afrika Selatan (2 peserta).

Sebanyak sembilan kategori telah dipertandingkan, iaitu Lelaki Terbuka yang dimenangi oleh Laurel Lauridsen Adrian, Lelaki Remaja (Awang Faries Danish Awang Faizal), Lelaki Master A (Rakhmadhani), Lelaki Master B (Dzul Husni Narawi), Lelaki Veteran (Zulkifli), Lelaki Junior (Sirhan Iman Samsul), Wanita Terbuka (Nur Ain Ramadhania), Super Master (Bujang Jini) dan Mukah Tertutup kategori khas untuk penduduk asal Mukah serta mereka yang bekerja di Mukah iaitu dimenangi oleh Mohammad Faiz Adham Mohammad Syafiq.

Turut hadir ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, Timbalan Residen Bahagian Mukah Shafrie Saili, Penasihat Cabaran Kriterium Mukah 2025 Datu Dr Sulaiman Husaini, Presiden Persatuan Berbasikal Sarawak Erawan Sudarsono dan Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip.

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jota diiktiraf sebagai juara sebenar selepas Liverpool kembali beraksi
Next: 129 peserta hadiri program Gaya Hidup Sihat Sukan Rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.