Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Muhyiddin ucap takziah
  • SEMASA

Muhyiddin ucap takziah

Utusan Sarawak 4 years ago

JAKARTA, 24 April -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media dengan wartawan Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN bagi membincangkan mengenai krisis di Myanmar hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA JAKARTA, April 24 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during a press conference with Malaysian reporters after attending a special ASEAN Leaders' Meeting on the crisis in Myanmar today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

Malaysia sentiasa bersedia untuk terus menghulurkan bantuan wajar yang diperlukan kepada Indonesia dalam menghadapi waktu genting itu.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan takziah kepada Presiden Indonesia Joko Widodo serta kerajaan dan rakyat negara berkenaan susulan tragedi yang menimpa kapal selam KRI Nanggala 402.

Muhyiddin berkata Malaysia sentiasa bersedia untuk terus menghulurkan bantuan wajar yang diperlukan kepada Indonesia dalam menghadapi waktu genting itu.

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah… kami turut berdukacita atas tragedi yang mengejutkan dan amat menyayat hati ini.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada ahli keluarga 53 anak kapal tersebut dalam menempuh dugaan ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook miliknya.

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo di utara perairan Bali, yang turut disertai 21 kapal Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI), lima pesawat tempur dan satu kapal selam lain. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tidak balik sejak 13 Januari
Next: Aset PDRM terus diperkasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.