Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Muhyiddin tawar diri jadi penasihat ekonomi Johor
  • NASIONAL

Muhyiddin tawar diri jadi penasihat ekonomi Johor

Utusan Sarawak 3 years ago

TAN Sri Muhyiddin Yasin (empat kanan) pada Program Pentas PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh, di Felda Tenggaroh 3 di Mersing Johor. • Foto BERNAMA

MERSING: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Bekas perdana menteri dan menteri besar Johor itu berkata, beliau berhasrat membantu ekonomi negeri itu yang terjejas akibat wabak Covid-19 dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan  dan menyediakan latihan kemahiran.

“Saya akan bantu Johor. Siapa pun yang bakal dipilih sebagai menteri besar, dia adalah orang yang layak,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh dan Endau di sini, lewat malam Rabu lalu.

Sementara itu, Presiden Bersatu itu yang tidak mempertahankan kerusi DUN Bukit Gambir berkata kesemua bakal calon yang dipilih mewakili PN pada PRN Johor perlu mengangkat sumpah bagi memastikan mereka bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Katanya amalan tersebut yang telah dipraktikkan pada PRN Melaka akan memastikan gabungan parti komponen di bawah PN termasuk PAS dan Gerakan itu menjadi sebuah platform politik yang lebih baik dalam memastikan negara bebas daripada pelbagai bentuk penyelewengan.

Program yang berlangsung di Felda Tenggaroh 3 di sini itu turut dihadiri Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Johor Abdullah Husin, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abd Latiff Ahmad. – Bernama

Continue Reading

Previous: Mengemis, kerjaya baharu?
Next: Akta baharu larang aktiviti merokok diperkenalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.