Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Muhyiddin santuni mangsa bencana banjir
  • NASIONAL

Muhyiddin santuni mangsa bencana banjir

Utusan Sarawak 4 years ago

MARAN, 10 Jan -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kiri) beramah mesra dengan mangsa banjir ketika melawat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, Chenor hari ini. Turut sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri). --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA MARAN, Jan 10 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin (third, left) having a light moment with the flood victims while visiting the temporary evacuation center of Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, Chenor today. Also present Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (left). --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

BERAMAH MESRA… Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kiri) beramah mesra dengan mangsa banjir ketika melawat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, Chenor semalam. Turut sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri). • Foto BERNAMA

TEMERLOH: Sebalik musibah banjir yang melanda Pahang, mangsa banjir kali ini berkesempatan menyuarakan keluh kesah mereka terus kepada pemimpin tertinggi negara, yang menyantuni mereka semalam.

Kunjungan Perdana Men- teri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh di sini dan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, Chenor di Maran, memberikan sedikit kelegaan kepada mangsa banjir di kawasan itu.

Perdana Menteri yang tiba di SMK Seberang Temerloh pada 10.00 pagi menggunakan helikopter dan disambut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, meluangkan masa 40 minit meawat mangsa banjir yang ditempatkan di sekolah itu.

Perdana Menteri kemudian diberikan taklimat pengurusan bencana banjir di dua daerah yang dilawati itu. Turut hadir Ketua Pengarah Agensi Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

Dalam lawatan itu, Muhyiddin turut beramah mesra dengan mangsa banjir, menyantuni warga emas dan menyampaikan sumbangan kit makanan kepada mereka.

Selain itu, beliau turut membuat tinjauan di kawasan sekitar untuk melihat kemudahan yang disediakan kepada mangsa banjir, di pusat pemindahan di SMK Seberang Temeroh itu yang menempatkan 873 orang daripada 204 keluarga, setakat 12.00 tengah hari semalam.

Di Chenor, Maran, dalan lawatan ke PPS SM Tengku Ampuan Afzan di sini, Muhyiddin turut mendengar pembentangan laporan situasi banjir bagi Daerah Maran.

Dalam pembentangan itu, Perdana Menteri memberi penekanan mengenai keperluan pengurusan mangsa dalam pasca banjir, khususnya berkaitan hal membantu mangsa yang mengalami kerosakan rumah selain kerosakan infrastruktur awam.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, mahukan bantuan makanan diteruskan sehingga tempoh tertentu kepada mangsa banjir, selepas mereka pulang ke rumah. –Bernama

Continue Reading

Previous: Agong tinjau situasi banjir menerusi helikopter
Next: KKM, Pfizer meterai perjanjian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.