Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Muhammad Haikal akui cabaran sengit bertemu Wei Chong Kai Wun
  • SUKAN

Muhammad Haikal akui cabaran sengit bertemu Wei Chong Kai Wun

Utusan Sarawak 1 day ago
PEMAIN badminton negara Muhammad Haikal Nazri ketika ditemubual selepas sesi latihan skuad negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara baru-baru ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara Muhammad Haikal Nazri mengakui bakal berdepan perlawanan sukar bertemu pasangan rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun pada Terbuka Thailand, Selasa ini. 

Muhammad Haikal yang akan bergandingan dengan Choong Hon Jian berkata meskipun mempunyai kelebihan kerana sudah mengetahui corak permainan Wei Chong-Kai Wun, beliau tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi, sekali gus menamatkan kejohanan itu tanpa sebarang kecederaan sebelum beraksi pada Masters Malaysia bermula 20 Mei ini. 

“Ikutkan memang agak susah bertemu rakan senegara. Saya tidak suka bertemu rakan sendiri di gelanggang. Saya lebih memilih lawan pemain 10 terbaik negara lain daripada rakan senegara. Tidak mahu letakkan harapan tinggi, kerana perlawanan lepas tewas pada terbuka Taiwan. 

“Saya tahu kelemahan dan kelebihan mereka, begitu juga dengan mereka. Masing-masing ada kelebihan nanti,” katanya kepada pemberita baru-baru ini. 

Rekod pertemuan terakhir menyaksikan Muhammad Haikal-Hon Jian tewas 15-21, 19-21 kepada Wei Chong-Kai Wun pada aksi Masters Malaysia tahun lepas. 

Dalam pada itu, Muhammad Haikal berkata keserasian bersama Hon Jian dilihat lebih baik sejak kembali beraksi pada Terbuka Taiwan, sebelum disingkirkan pasangan Singapura Eng Keat Wesley Koh-Junsuke Kubo 21-13, 16-21, 12-21 pada aksi pertama Rabu lepas.

– Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Hakim Danish naik podium di Litar Le Mans
Next: Muhammad Syafiq taruh harapan besar kepada dua pelapis negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.